in

2 Minggu Di NICU, Akhirnya Baby H Dibenarkan Keluar


Dua malam berturut-turut puan isteri tidur di HUKM seperti yang diminta oleh pihak hospital bagi menyusu badan kan baby Haziq.

Akhirnya setelah genap 2 minggu berada di wad NICU, baby Haziq dibenarkan keluar. So far dia dah pandai menyusu. Walaupun tak lama, tapi setiap kali menyusu.. At least 15-20 minit senang-senang je dia boleh konsisten.

Dari segi berat badan, setakat pagi ni bacaan berat memuaskan hati. Dah makin menaik walaupun agak perlahan graf kenaikannya.

Sebelum balik tadi, doktor dan nurse ada juga pesan.. Apabila pulang ke rumah, pastikan hygiene (kebersihan) dijaga.

Tangan kena bersih, persekitaran dalam bilik kena bersih, dan paling penting.. Elakkan dulu daripada orang-orang yang datang melawat untuk cium-cium baby Haziq. Senang kata.. Direct physical contact kepada baby Haziq harus dipantau bagi mengelakkan dia terkena jangkitan kuman.

Nak pegang saya, sila cuci tangan okay.. Hehehe

Ye lah.. Dia kan baby pramatang, jadi antibodi pun tak sekuat baby yang bersalin cukup bulan. Prevention is better than cure.

So, dengan keluarnya dia daripada wad NICU, maka bermulalah episod aku dan puan isteri kan berjaga malam. Harap-harap baby Haziq lebih mudah dijaga compare dengan Khair dulu. Hahaha.

p.s: First time abang Khair jumpa baby Haziq, geram sampai kacip gigi.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *