13 Petua Mudah Untuk Menghalau Semut Tanpa Racun Merbahaya

Selain lipas dan nyamuk, semut juga antara musuh yang paling dibenci didalam rumah. Lebih-lebih lagi di tempat simpanan makanan, mereka ini sentiasa bermaharajalela hingga menyebabkan empunya makanan kempunan dek kerana tidak berpeluang lagi menjamah makanan yang penuh dihurung oleh mereka.

Rumah aku merupakan salah satu sasaran mereka. Lebih memburukkan keadaan apabila cuaca persekitaran panas, mereka ini bagaikan menganggap air masak umpama swimming pool mereka.

Dek kerana tak tertahan dengan pencerobohan yang makin berleluasa ini, tergerak hati aku untuk mencari info-info akan petua menghalau semut dan dibawah merupakan koleksi-koleksi petua menghalau semut tanpa menggunakan racun merbahaya yang sempat aku cari.

1. Serbuk kunyit

Ambil sedikit serbuk kunyit kemudian tabur pada laluan semut menuju kedalam rumah, cara ini dapat menghalang mereka daripada mengesan laluan mereka masuk ke dalam rumah..

2. Daun sireh

Bau daun sireh tidak disukai oleh semut. Siat atau cincangkan beberapa helai daun sirih kemudian tabur pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3. Kulit timun

Kupas kulit timun dan letakkannya berdekatan dengan sarang semut atau laluannya.

4. Kulit telur

Bakar kulit telur hingga menjadi abu kemudian tabur abu tersebut pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. *Cara ini juga dikatakan berkesan untuk menghalau cicak dan serangga lain.

5. Serai wangi

Semut tidak sukakan bauan serai wangi. Larutkan pati serai wangi dengan sedikit air kemudian sembur di laluan semut serta tempat-tempat yang sering semut berada. Air serai wangi ini juga boleh di buat lap-lap meja untuk elakkan semut naik ke atas meja.

6. Cuka

Larutkan cuka dengan sedikit air di dalam botol kemudian semburkan ke serata tepi dinding dan tiang rumah. Biarkan larutan cuka kering dan ulang proses semburan ini untuk beberapa hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasuki rumah. *Cuka juga boleh dijadikan bahan organik untuk racun rumput.

7. Serbuk kopi

Kopi berbau pahit, dan semut tidak gemarkannya. Ambil dan taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling rumah. InshaAllah semut tidak akan suka datang dekat lagi.

8. Kulit kayu manis dan cengkih

Bagi mereka yang tidak gemarka bau cuka, boleh menggunakan serbuk kulit kayu manis dan cengkih. Taburkan serbuk ini dilaluan semut.

9. Air sabun

Air sabun juga dikatakan berkesan untuk menghalang semut dari memasuki rumah. Caranya sama seperti menggunakan cuka, cuma perlu larutkan sabun kedalam air kemudian semburkan di sekeliling rumah. Ulang semburan untuk beberapa hari.

10. Bedak bayi

Antara petua yang paling menarik, iaitu dengan menabur bedak bayi di lubang tempat semut masuk ke dalam rumah. Dengan cara ini ia akan menutupi lubang tersebut dan menghalang semut daripada masuk ke dalam rumah.

11. Perahan air limau nipis

Sama seperti air cuka, air perahan limau nipis bersifat asid. Ambil beberapa biji limau nipis dan perahkan, kemudian semburkan air perahan tersebut di atas laluan semut. Ia akan mematikan semut sekaligus menyegarkan bau rumah anda.

12. Garam

Garam tidak boleh membunuh semut, akan tetapi garam boleh mencegah semut daripada masuk ke dalam rumah. Caranya, tabur sedikit garam kering di laluan serta tempat masuk semut.

13. Selalu bersihkan rumah

Ini petua paling penting. Walaupun kesemua petua diatas digunakan, ia tidak akan mendatangkan kesan sekiranya rumah dibiarkan tidak terurus dan kotor. Sisa-sisa makanan hendaklah selalu dibuang bagi mengelakkan semut dapat menghidu baunya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Laman Web Ini Membantu Anda Berkongsi Tweet Melebihi 140 Aksara

    Bayi Menangis? Ini Sebab-Sebab Yang Ibu Bapa Perlu Tahu