10 Tahun iPhone

10 tahun lalu, iPhone keluaran pertama mungkin banyak kekurangannya. Namun, masa bergerak pantas, kini iPhone 8 dengan fungsi yang lebih advance bakal dikeluarkan tak lama lagi.

Aku akui, aku bukanlah die hard fan iPhone sejak kali pertama ia dikeluarkan. Tetapi, aku berbangga menjadi salah seorang pengguna telefon pintar ini selepas model ke-7 dikeluarkan.

Memang benar, dari segi functionality.. iPhone banyak memudahkan kerja seharian aku. Dan tak dinafikan juga, dari satu sudut, iPhone banyak mempengaruhi jenama-jenama lain untuk cenderung mengikut jejak langkah mereka.

Mungkin benarlah kata orang, Apple iPhone adalah idea terbaik yang disumbangkan oleh mendiang Steve Jobs. Hingga menjadi ikutan kepada semua.

29th June 2007 – Tribute 10 years iPhone

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perkara Yang Perlu Dibuat Selepas Raya

Yeay! Success Hari Pertama Di Taska