in

Wadihana Foodys Food Galore

BBQ Beef Sandwich - RM19.90

Beberapa hari lepas sempat singgah di Wadihana Foodys Food Galore yang terletak di Bangi Gateway untuk menjamu selera.

Seperti biasa pilihan menu aku dan isteri agak berlainan. Isteri lebih suka memilih menu yang disertakan nasi, manakala aku pula lebih suka menu yang berasaskan roti ataupun mee.

Jadi untuk hari itu, kami masing-masing telah memilih BBQ beef sandwich dan grilled chicken chop with rice – Khair kongsi je dengan kami.

BBQ Beef Sandwich - RM19.90
BBQ Beef Sandwich – RM19.90

Bagi menu BBQ beef sandwich, aku rasakan ia sesuai dengan selera aku. Rotinya yang lembut, dagingnya yang pedas-pedas manis serta sayuran yang digunakan juga agak segar. Cuma satu sahaja yang tidak berapa kena dengan hidangan ini apabila french fries yang dihidangkan bersama, terlalu menyerap minyak. Hinggakan hilang rasa kentang itu sendiri.

Grilled chicken chop with rice
Grilled chicken chop with rice

Manakala bagi menu grilled chicken chop with rice yang telah dipesan oleh isteri pula, chicken chopnya juga sedap. Daging lembut apabila dimakan dan kuahnya sesedap rasa. Cuma apabila ia digandingkan bersama nasi butter, isteri perlu memakannya ketika panas kerana apabila ia sudah agak sejuk, akan timbul rasa muak.

Oreo milkshake & Vanilla milkshake - RM8.90 & RM7.90
Oreo milkshake & Vanilla milkshake – RM8.90 / RM7.90
Hot white coffee - RM6.90
Hot white coffee – RM6.90

Untuk minuman pula, aku telah memilih vanila milkshake untuk Khair, Oreo milkshake untuk aku dan hot white coffee untuk isteri. Well.. dari segi rasa dan persembahan, rasa milkshake nothing much to expect. Lebih kurang sahaja dengan rasa milkshake di restoran-restoran lain. Begitu juga dengan hot white coffee, tiada perbezaan jika minum di Old Town sekali pun.

So, overall aku just boleh bagi 3.5 bintang daripada 5 kepada restoran Wadihana Foodys Food Galore ini. Bukan kata tak best, cuma bagi aku, tidak ada apa yang terlalu menarik. Cuma kalau sekali sekala nak tukar mood makan tu boleh lah datang sini.

Nota: Harga yang dikenakan hari itu ialah RM70.15 termasuk 10% service charge. Terdapat beberapa item tambahan seperti 100 plus dan juga mushroom soup (yang ni tak sedap, so skip ambil gambar).

p/s: Bagi sesiapa yang ingin berkunjung kesini, pencarian restorannya amat mudah. Jika anda datang daripada lebuhraya Plus KL-Seremban, hanya perlu mencari susur keluar Bangi. Dari bulatan selepas tol Bangi tersebut, anda boleh nampak dari jauh (disebelah depa- kanan) ada sebuah bangunan yang bertulis Bangi Gateway.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Hmmmm… sedapnya. .. Terutamanya Oreo milkshake dan Vanilla milkshake tu… sekali minum tentu hilang dahaga. . 😉

  2. Yang bagusnya di sini adalah ada banyak pilihan so 2,3 tiga kali datang boleh pesan menu yang berbeza…..

  3. Last week ada program di Bangi

    setelah 10 tahun tinggalkan bumi Bangi

    baru menjejak kaki ke sana semula last week ada program dengan Zuhairi Nopiah

    baru tahu ada Bangi Gateway

    Wadihana ni our family feveret restaurant

    anak2 sangat suka dengan pasta alfredo

    tapi kami biasa makan yang kat seksyen 9 tu

    mahal sikit tapi sedap berbaloi2 dan paling suka sekali ialah pelayan dia semua lelaki, o kurang risiko dosa suamiku

    hehehehe

  4. Banyak betul kedai makan kat bangi. French fries yang mahal biasanya tak serap minyak. Rasanya lemak2 dan saiznya pon besar. Memang puas hati.

    Kadang2 la kan kumpul pitih nak makan omputeh :p

  5. Ya Allah tengok gambar pun rasa dah terliur sangat dah, ini kalau dekat memang dah ku terjah,haisshhh menyelerakan sungguh

Leave a Reply to Shaklee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *