in

Toyota Vios Pilihan Ku


Dua minggu yang sudah Hafiz ada terbaca satu artikel didalam blog automotif popular Malaysia berkenaan dengan pelancaran Toyota Vios edisi terbaru 2013. Berdasarkan pengamatan gambar-gambar yang dipaparkan didalam blog tersebut, ternyata reka bentuk untuk model vios edisi baru kali ini nampak lebih gah dan garang dari model vios yang sebelumnya.

Vios 2013

Dari segi spesifikasi teknikal pula, tidak banyak perubahan yang dinaik tarafkan. Ia masih lagi menggunakan enjin dan kotak gear lama. Boleh dikatakan edisi kali ini adalah transformasi kosmetik luaran dan dalaman semata-mata bagi memenuhi permintaan warga muda supaya designnya lebih futuristik dan up to date. Tetapi bagi Hafiz itu tidak perlu dijadikan isu kerana rata-rata pengguna dinegara ini sudah sedia maklum tentang kredibiliti dan reliabiliti produk daripada Toyota ini.

Bukan niat untuk riak atau membangga diri, tetapi bagi Hafiz sendiri (selaku pemilik kereta vios) apabila membandingkan produk keluaran tempatan dengan import. Kualitinya jauh berbeza. Pengalaman memiliki sebuah kereta buatan nasional 3 tahun yang lepas sudah cukup menimbulkan 1001 penyesalan buat diri Hafiz. Terlalu banyak masalah yang timbul sebaik sahaja kereta buatan nasional ini mencecah usia 1 tahun. Sehinggakan terpaksa berulang-alik ke service center lebih dari 3 kali untuk satu masalah yang sama dan akhirnya terpaksa juga diselesaikan dengan cara alternatif iaitu menggunakan bantuan pomen bawah pokok.

Mungkin ada antara korang yang tidak akan bersetuju dengan apa yang Hafiz cuba sampaikan, bagi korang apalah bagus sangat dengan kereta import? Duti eksais dah lah tinggi. Ye..betul. Tak dinafikan cukai untuk kereta import itu tinggi, tapi apabila terkenangkan kembali permasalahan yang timbul semasa menggunakan kereta tempatan suatu ketika dahulu..biarlah Hafiz katakan “Kalah membeli, menang memakai”. Dah tak sanggup nak berdepan dengan semua benda remeh-temeh tu.

Cuma selepas melalui pengalaman-pengalaman pahit tersebut dan bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali, kini Hafiz telah tetapkan beberapa kriteria utama yang perlu dituruti dalam pemilihan kereta. Antaranya:

  1. Sebuah kereta itu mesti mempunyai braking system yang bagus dimana bagi pendapat Hafiz ia mestilah menggunakan sistem brake disk bagi kedua-dua bahagian tayar hadapan dan belakang. (I really had a bad experience with my previous car’s drum brakes..thats it. First and last!).
  2. Mempunyai Airbag sekurang-kurangnya dua Airbag, satu untuk pemandu dan satu lagi untuk co-driver
  3. Reliabiliti enjin, selalunya Hafiz akan cuba dapatkan info sebanyak yang mungkin berpandukan hasil carian di laman web ataupun forum-forum online tentang feedback positif dan negatif daripada pengguna.
  4. Memberikan keselesaan dan juga mempunyai design yang up to date.
  5. Within budget (kalau terlebih bajet, takut nanti tak mampu nak bayar bulan-bulan).

Cukup..Itu sahaja yang kriteria basic bagi Hafiz untuk sesebuah kereta. Sekiranya terdapat pun features lain yang disediakan, anggap sahaja ia sebahagian daripada bonus dan extra gift untuk korang. Tak perlu pening-pening. Beli kereta bukanlah macam beli baju, hari ini beli esok nak tukar baru. Tokey balak pun botak kepala kalau macam tu.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

27 Comments

Leave a Reply
  1. Kelebihan vios yg amat ketara ialah penggunaan minyak..mmg super jimat!

    bayangkan, dari kl balik penang…tak habis separuh meter tu =)

    • tak juga bro..dari segi kualiti enjin pun patut dinilai..sebelum ni aku pakai proton, setahun guna enjin bunyi kasar..compare dengan vios enjin still bunyi smooth..cara pemanduan yang sama..paddle to the floor bila jalan straight..hahaha

    • Salam, saya bakal menamatkan degree tak lama lagi, tengah survey kereta yang sesuai digunakan, sebolehnya nak kereta yang tahan lasak dan kurang bermasalah. Memandangkan sekarang dah tahun 2021, boleh saya tahu macam mana kondisi kereta toyota vios awak setelah 8tahun berlalu?

      Betulkah kereta toyota memang tahan lama seperti yang digembar-gemburkan?

  2. vios dari thailand..aku stdy kat jepun x pnah nmpak pun kt sini..org mlaysia ja prasan konon bawak kreta import japang..bg aku proton lbh brbaloi dgn harga klau di malaysia..nk beli barang biarlah bijak, jgn hanya nk riak..

    • Kalau bro kata aku riak..maaf bro..itu bukan riak..berdasarkan pengalaman semata-mata..proton bagi aku..selepas model wira..a big time loser for me. Aku rela bayar lebih pada toyota dari guna kereta proton yang banyak bagi masalah pada aku. Tapi kalau bro guna proton ok, mungkin nasib tak menyebelahi aku la masa aku pakai proton dulu.

  3. bro, apa pendapat klu beli vios second hand compare ngn kereta national? saya dlm perancangan nak beli vios tapi yang second la. pada pendapat saya even second hand, kualiti dia still ok compare kereta national yg baru. It just my opinion as a woman la. Harap u sudi bg pndapat.

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *