in ,

“TouchStyle” Applikasi Pengurusan Kewangan Dari Bank Rakyat


Wah.. Bank Rakyat pun dah mula keluarkan applikasi sendiri? Berlandaskan prinsip Syariah? Hebat.

Applikasi TouchStyle Bank Rakyat

TouchStyle”, nama yang diberi. Pembinaan applikasi ini diilihat sangat kemas dan mesra pengguna.

TouchStyle Apps

Selain daripada applikasi ini mampu untuk track rekod perbelanjaan harian dan keluarkan report simpanan anda, ia juga dapat membantu sekiranya anda ingin membuat kira-kira untuk menetapkan sesuatu perancangan.

Applikasi TouchStyle ini turut di integrasikan dengan beberapa sokongan produk Bank Rakyat, termasuk kalkulator untuk pengiraan Personal Financing-i dan juga promosi terbaharu daripada mereka.

TouchStyle Bank Rakyat Apps

TouchStyle - Applikasi Bank Rakyat

Secara jujurnya, apabila kali pertama aku melihat applikasi ini, boleh dikatakan ia adalah strategi yang agak menarik daripada Bank Rakyat untuk meneroka pasaran yang rata-rata penggunanya menggunakan smartphone.

Langkah yang bijak!

Jadi, kepada rakan-rakan yang ingin mencuba applikasi pengurusan kewangan ini, anda bolehlah memuat turun ia secara percuma di Play Store atau pun App Store.

Mungkin dengan adanya applikasi TouchStyle, ia dapat memudahkan lagi kehidupan seharian kita. Rancang perbelanjaan anda, hidup dengan tenang dan selesa. 🙂

Nota: Sebarang pertanyaan sila layari www.bankrakyat.com.my, FB dan Twitter Bank Rakyat @mybankrakyat atau sila hubungi talian Bank Rakyat di 1300 80 5454.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *