in

Throwback Raya Aidilfitri 2016


Hari raya pertama, air takdop

Buat pertama kali dalam sejarah, bekalan air terputus di kawasan rumah mak ayah aku. Balik je daripada beraya, buka pili air.. air tak keluar langsung.

Pergi periksa air kat pili utama.. pun tak ada. Demm.. Rupa-rupanya bila semak laman web SATU (Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.), terpampang satu notis..

Sebahagian kawasan di daerah Kuala Terengganu dan Marang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air pada musim perayaan ini kerana penggunaan air melebihi kebiasaan disebabkan perantau balik berhari raya di kampung.

Tu dia.. punya lah ramai yang balik raya kan, hinggakan air pun tak cukup nak tampung semua rumah. Hohoho.

Malam tu kitorang pakat-pakat berjimat mandi guna air daripada reserved tank. Keesokannya pulak, kitorang berjemaah pergi mandi di masjid (itu pun.. nasib baik sebab kat masjid masih banyak lagi air.. Hehehe).

Doa Masuk Keluar Tandas

Raya ketiga, open house

Macam tahun-tahun sudah.. open house, wajib buat kat kampung. Saudara-mara berpusu-pusu datang beraya di rumah.

Daripada masakan kegemaran, nasi dagang hinggalah kepada satay, ketupat, rendang, tapai pulut.. semua yang dimasak, licin dihadap oleh mereka-mereka yang berkunjung ke rumah.

Cuma yang menariknya open house kali ni, kesemua anak-beranak sebelah mak dapat berkumpul di satu rumah. Keturunan Allahyarham Haji Haron dan Allahyarhamah Hajjah Mek Danas.

Hafiz Rahim_Family

Habis riuh-rendah suasana beraya yang akhirnya diakhiri dengan sesi bergambar “keluarga besar”. 🙂

Raya ketiga juga, Khair jatuh tangga

Dalam orang duk sibuk beraya.. si bertuah sorang ni punya lah seronok orang ramai datang kerumah. Main punya main.. sampai jatuh tergolek kat tangga.

Daddy ibu tak perasan.. Tahu pun lepas kakak bagitahu. Bila ditanya..

Adik sakit kat mana?

Dia jawab tak sakit.. sambil sambung main. Insiden ini diakhiri dengan bawa dia pergi mengurut kampung. Sambil-sambil kena urut, boleh pulak dia gelak-gelak.

Raya kelima, Bye-Bye Terengganu

Habis raya dikampung. Tiba masanya untuk balik ke Bangi. 5 jam lebih perjalanan dari Kuala Terengganu ke Plaza Tol Gombak. Kalau diikutkan, takdelah teruk sangat jem nya.

Cuma tersangkut sekejap di Plaza Tol Karak. Kawasan ni memang dah dijangkakan, tiap-tiap kali musim perayaan atau cuti sekolah mana pernah lengang.

Kitorang bertolak jam 9 pagi, sampai rumah tengahari macam tu. Lepas mandi-mandi, tukar baju.. terus pergi ziarah kubur anakanda tersayang, Nur Hana Khairiah.

4 bulan berlalu sejak dia pergi selama-lamanya, kenangan 2 jam bersamanya tak dapat dilupakan. Sebak rasa dihati, hanya mampu menahan air mata daripada jatuh mengalir di pipi. InshaAllah Hana.. daddy, ibu dan abang Khair akan selalu ziarah Hana. Kami sayang Hana.

Khair_Hana Khairiah
Selamat hari raya Hana

p.s: Cerita lain, lebih kurang sama je dengan semua orang. Pergi ziarah rumah saudara mara, jenguk-jenguk atuk nenek saudara yang dah uzur sambil-sambil menikmati suasana beraya di kampung. Cerita korang pulak macam mana?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Time raya takdak ayaq stressnya. Nasib baik ada reserved tank n mandi kat surau, kalau tak ‘harum semerbak’ di hari raya lah ye haha

  2. Kalau sdh hari raya … Saya akan mudik kekampung saya baru lepas tu mudik lagi kekampung istri saya …pokoknya kalau sdh hari raya … Sibuklah aktivitas mudik ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *