in

Tempat Parking Selamat Dan Unik


Parking bertingkat, satu benda yang jarang-jarang kelihatan dinegeri-negeri selain Kuala Lumpur.

Balik Terengganu tempoh hari ternampak ada satu kawasan di Batas Baru, Jalan Sultan Ismail yang menggunakan mesin ini. Yang canggihnya, tempat parking ini bergerak dalam putaran seakan-akan mesin memanaskan daging hotdog.

Kadar bayaran parking tidaklah semahal mana, cuma RM2.50 untuk sejam yang pertama diikuti RM1 untuk jam-jam yang berikutnya. Lebih kurang harga standard parking di Kuala Lumpur, cuma bagi di negeri Terengganu mungkin ianya dilihat sebagai kadar bayaran parking yang premium.

Antara kebaikan yang dapat aku fikirkan daripada penggunaan sistem parking bertingkat ini:

  • Menjimatkan ruang, kawasan yang sepatutnya memuatkan lebih kurang 40 kereta boleh diisi dengan 128 buah kereta.
  • Kereta lebih selamat daripada dipecahkan pencuri-pencuri jalanan (Nak tinggal 2-3 hari pun tak ada masalah).
  • Tidak terdedah kepada hujan dan panas.
  • Kurang risiko ditenggelami banjir, dahan-dahan pokok dan juga tahi-tahi burung.
  • Susun atur yang lebih kemas.

Keburukannya pula:

  • Pemilik terpaksa menunggu beberapa minit untuk masuk dan mengeluarkan kereta dari lot parking.
  • Kereta akan tergantung sekiranya tiada bekalan elektrik ( Tetapi ini mungkin tidak akan terjadi jika terdapat backup electric generator)

Bagi pendapat aku, mesin ini dilihat lebih banyak memberi kebaikan berbanding keburukan. Cuma kos pembelian dan pemasangannya agak tinggi pada permulaan. Tetapi kalau ianya dapat mengurangkan masalah parking yang semakin hari semakin tidak mencukupi dibandar-bandar besar, why not kalau setiap satu daripada bandar itu dilengkapi dengan mesin ini. Betul tak?

p/s: Tak sangka kat Terengganu ada pakai parking macam ni. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

31 Comments

Leave a Reply
  1. Terengganu negeri kaya…. so diorang ada budget …. dan kat area KL patut banyak lagi dibuat parking cenggini

  2. Uih.. Pasang kat kl pun ok gak ni. Betul2 menjimatkan ruang. Dengan keadaan yang sesak dengan kereta hari ni, dah sampai masanya kena buat.

  3. betul, memang banyak kebaikannya. konsep ni biasa kat negara maju yang tanah terlalu mahal, untuk rumah guna jenis 2 level.
    rasanya negara kita pun patut banyakkan parking jenis ni untuk kawasan-kawasan tumpuan, bukan sahaja untuk jimat ruang, untuk keselamatan juga.

  4. Perghh kalau ada di mana-mana rasa takde masalah kot tempat parking dan takde lagi masalah parking haram..

    p/s : siapa la yang komen tu..

  5. Betul tu… syabas saudara Hafiz! Banyak gambar menarik. Sayang masa saya pergi tu gambar yang di snap dengan iphone 3GS sahaja, tidak lawa kerana bukan kualiti HD. tetapi sayaada rekod video bila kereta naik ke atas.

    Saya pun terkejut pertama kali ke Kuala Terengganu. Dah macam pergi negara Jepun rasanya. Cukup canggih teknologi yang digunakan. Kan bagus kalau KL macam ni. Lebih-lebih lagi Putrajaya. Takdelah pemandu asyik kena saman.

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *