in

Taiping Bandar Kenangan


Perjalanan “Misi Jalan-Jalan Makan Angin 2013” dari Pulau Pinang selepas memenuhkan perut dengan makan Mee Udang Teluk Kumbar diteruskan dan destinasi yang dituju seterusnya merupakan salah satu destinasi nostalgia bagi Hafiz sekeluarga — TAIPING!

Ye, Taiping. Dalam pertengahan tahun 90-an Hafiz sekeluarga pernah menetap dibandar kecil ini selama beberapa tahun. Bersekolah dari tingkatan 1 hingga 4, mula belajar bawa motor, ponteng sekolah, dimasukkan ke wad..senang cerita, banyak perkara menarik didalam hidup Hafiz yang rata-ratanya bermula disini. So apabila kembali menjejakkan kaki ke Taiping, timbul perasaan gembira.

Setibanya di bandar Taiping, jam ditangan sudah menunjukkan hampir jam 11 malam. Oleh kerana masing-masing mengalami kepenatan yang terlampau dek perjalanan non stop dari KL-Pulau Pinang-Taiping, sejurus selesai sahaja membersihkan badan..masing-masing letak je kepala atas bantal, terus je bermimpi sampai ke bulan. Hehehe. (Khair awal-awal lagi dah tidur dalam kereta..seronoknya jadi baby).

Keesokan harinya, kitorang bersiap-sedia untuk mengisi tangki perut disalah satu warung yang terkenal dengan sarapan paginya iaitu ‘Nasi Lemak Warung Muhibbah‘. Apa yang menariknya tentang nasi lemak ini adalah sambal nasi lemaknya yang Hafiz rasakan tidak mungkin korang semua akan dapat cari ditempat lain kecuali disini sahaja. Sekali makan rasa nak tambah lagi 3 pinggan. Sebab itu kitorang sanggup senaraikan warung ini dalam list “Misi Jalan-jalan Cari Makan 2013“.

nasi lemak warung muhibbah

Wallaweh!!

nasi lemak warung muhibbah1

Makan-makan time

nasi lemak warung muhibbah2

Cakk!!

nasi lemak warung muhibbah3

Banner kedai nasi lemak terbaik Taiping

nasi lemak warung muhibbah4

Tak pernah lagi putus-putus orang beratur

nasi lemak warung muhibbah5

Dah habis dikerjakan

nasi lemak warung muhibbah6

Posing depan kedai..besar tu pokok

Kalau korang tak percaye boleh datang & singgah makan warung yang terletak berhampiran Taman Tupai Emas ini. Hafiz sendiri memang dah mengidam lama sangat nak makan nasi lemak ini, sebelum Khair lahir lagi dah simpan niat nak datang ke sini semata-mata untuk makan nasi lemak sahaja (mood mengidam mengalahkan orang mengandung). Sekarang Khair dah berumur 8 bulan baru niat tu tercapai.

Listen..listen..listen..Selepas perut pun dah kenyang, aktiviti kitorang seterusnya adalah melawat haiwan-haiwan di Zoo Taiping (hanya melibatkan Hafiz, wife dan Khair sahaja..ahli keluarga yang lain ada program lain..so kitorang split untuk sementara waktu). Katanya haiwan disini pun ada banyak masalah. Manalah tahu dengan kunjungan singkat kitorang ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah diorang. Hehehe. Ini merupakan kali kedua Hafiz berkunjung ke sini, dan yang pertama buat isteri & Khair. Harga tiket untuk dewasa RM12, dan untuk kanak-kanak tak berapa pasti pula sebab masa pergi tu Khair FOC je.

zoo taiping1

Depan entrance Zoo Taiping

Dah lama rasanya tak datang ke Zoo, kali terakhir pun ke Zoo Negara bersama isteri masa tengah kapel-kapel gitu (agak pelik juga macam mana boleh terfikir nak dating kat situ dulu). Tapi nak buat macam mana kan, nak pergi pusat membeli belah macam dah agak bosan. Sekali sekala mendekatkan diri dengan nature kira okey apa.

zoo taiping3

Perempuan bagi makan cepat je datang..huh

zoo taiping4

Landing baik punye..Memang jantan betul

Zoo taiping - alone

Ni anak sape tertinggal? Hehehe

zoo taiping2

Kurang asam betul..Tunjuk montot!

Sesudah masing-masing bermandikan peluh, tiba masanya untuk menyejukkan badan pula. So destinasi seterusnya, Air Terjun Burmese Pool di kaki Bukit Larut!

*Fakta – Mengikut buku teks Geografi, Bukit Larut merupakan kawasan yang paling lembap di Malaysia. Lembap, bukan lembab okay!

Ini pun lagi satu aktiviti yang dah berkurun lamanya Hafiz tak buat. Rindu betul. Airnya yang sejuk, bersih & suasana rimba yang menenangkan fikiran & jiwa setelah penat bekerja dikota. Orang kata masa yang sebeginilah yang sesuai untuk family bonding, mengeratkan silaturrahim. Semuanya masuk berendam dalam air termasuklah introduction kepada Khair bersama pelampungnya (bibik mandi tepi-tepi aje, kena jaga beg..haha).

air terjun bukit larut1

Peace yoo!

air terjun bukit larut2

Si ibu pun nak peace juga

air terjun bukit larut3

Masa untuk berendam..Sejuk ooo.

air terjun bukit larut4

Berendam sampai kecut jari

air terjun bukit larut5

Ubat penenang a.k.a puting dimana-mana sahaja

Memandangkan suhu air yang terlampau sejuk, menggigil kitorang dibuatnya. Anak buah Hafiz, Aqeel, walaupun bibir dah biru tetap tak mahu berganjak. Inilah akibat keseronokan bermain melampaui rasa kesejukan. Dalam 3 jam juga kitorang beriadah di situ sebelum kitorang pulang ke KL dengan kenangan manis yang akan mekar diingatan.

p/s: I Love Taiping


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

23 Comments

Leave a Reply
  1. wahhh lama dah tak pi tepeng dulu masa Mak Sedara tinggal kat kamunting selalu gak pi lepak tepeng hahah mesti dah banyak membangunkan, hurm nampak macam menarik jer nasi lemak tu kena cuba nanti ni

  2. Nasi lemak warung muhibbah (Nasi lemak org kaya) kini telah berpindah Ke panggung wayang Lido,beroperasi dari 20 September 2015 dari jam 7am Ke 1pm setiap hari,segala sokongan anda amat kami hargai,hubungi Nizam 0175069016 ieta 0124121278….

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *