in

Susah ke jadi blogger?


Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap senang. Alasannya kerana kerja blogger ini hanya perlu copy paste je a.k.a plagiat mana artikel di internet kemudian letakkan ke blog sendiri. Tapi tak kurang juga ada yang berkata kerja blogger ini susah. Susah sebab blogger perlu selidik dan kaji dulu setiap artikel yang hendak disiarkan bagi mendapat kesahihan (takut nanti kena saman).

Bagi hafiz sendiri pula, tak dinafikan memang ada hari dimana blogging ini jadi senang. Senang apabila idea datang mencurah-curah. Tapi ada juga hari yang ia akan menjadi susah. Yang akan menambahkan lagi kesusahan, bila sampai masanya kita tidak mempunyai sebarang idea untuk kita coretkan didalam blog (kalau terjadi kepada blogger yang pentingkan trafik, boleh jiwa kacau sekejap).

Susah ke jadi blogger?

Well, apa-apa pun sebenarnya semua jawapan adalah subjektif. Bergantung pada persepsi atau niat masing-masing. Hafiz tak kata bahawa blogger yang cakap kerja blogging ni senang tu semua blogger plagiat. Ada juga blogger-blogger yang dianugerahkan akal fikiran yang hebat. Diorang tak perlu pun copy paste artikel orang lain, tiap-tiap hari artikel baru dari diorang semuanya fresh dari pengalaman dan pandangan diorang sendiri, seperti bro Ariff, bro Denaihati, bro Shakkido, bro Eyriqaz, Ben Ashaari (Hafiz respect diorang ni).

p/s: Tapi rasanya kalau dah betul memang angan-angan nak jadi seorang blogger, susah macam mana sekalipun perlu lah kita hadap. Bak kata pepatah “Hendak seribu cara, tak mahu seribu dalih“. Entry ini ditulis semasa Hafiz kekeringan idea.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Rasanya menjadi blogger memang susah. Kerana ianya adalah salah satu pekerjaan – Menulis. Cuma ada yang menulis hanya untuk separuh masa dan ada yang sepenuh masa.

    Jadi, bila kembali dikaitankan dengan masa…ia kembali menjadi satu masalah kepada kita yang mungkin tidak punyai masa untuk menulis. Belum lagi bila kita kehilangan idea untuk merungkai, mengulas dan menceritakan segala yang terlintas difikiran.

    Belum lagi bila kita sudah siarkan tulisan – adakah orang yang akan sudi membaca artikel/ entri kita?

    Saya pernah membincangkan perkara ini dalam blog saya sendiri. Fakta atau mitos…Mudah untuk menjadi seorang blogger.

    Walau apapun, sama-samalah kita terus belajar untuk menjadi antara yang terbaik dalam dunia blogging di Malaysia dan dunia – insya-allah.

    • setuju dengan point-point yang saudara sampaikan..masa adalah penentu bagi seorang blogger..bagi saya cukuplah sekadar blogger separuh masa dahulu..belum sesuai jika nak diupgrade kan ke sepenuh masa..ilmu belum cukup di dada..hehe

  2. betul tu..sekarang ni ramai betul yang bercita-cita nak jadi blogger hebat dan niat nak cari wang sercara berblog..tapi kesudahannya nan ado

    c & p memang senang tapi agak payah pengiklan nak bagi iklan kat blog

  3. Jadi blogger ni tak susah.. akan menjadi susah jika kita mengejar pendapatan melalui blog. mengharapkan sesuatu yg terlalu tinggi.

  4. bagi akak ianya biasa jer, tengok tujuan asal berblog, kalau sekadar ingin mencurahkan apa yang kita rasa dan berkongsi apa yang kita ada tak lah susah….
    yang susahnya kalau dah teringat dengan mana2 syarikat untuk menyediakan entry tiba2 idea tak de, tu baru susah kot….
    agaknya lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *