Sepetang Bersama Blogger Hebat

Sabtu lepas adalah rezeki buat Hafiz apabila diberi peluang sekali lagi oleh blogger popular ini untuk menghadirkan diri ke satu majlis pelancaran produk Mitsubishi Electric. Event tersebut yang bertempat di Petaling Jaya mengumpulkan ramai blogger-blogger hebat, diantaranya ialah Ariff Shah, Ben Ashaari, Yana Yassin, Yanmie, Puan Bee dan beberapa orang yang lain lagi.

blogger hebat

Kalau diikutkan perancangan yang sebenar, Hafiz bukanlah blogger yang tersenarai untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut. Jemputan itu ditujukan kepada blogger ini. Tetapi mungkin disebabkan ada perkara yang beliau tidak dapat dielakkan, jadi beliau tidak dapat menghadirkan diri. Oleh itu, replacement blogger perlu dicari dan disitulah Hafiz terpilih untuk mewakilkan bagi pihaknya.

Perasaan seronok apabila berada dikalangan blogger-blogger hebat itu sudah pasti. Selain dapat menimba ilmu daripada mereka yang lebih berpengalaman, ini merupakan peluang yang terbuka luas bagi Hafiz untuk melebarkan network dan memperkenalkan lagi blog Hafiz RahimΒ dimata blogger-blogger lain. Untung-untung, manalah tahu kot-kot lepas ini ada job advertorial yang diorang boleh share. Hehe.

p/s: Disebabkan bukan blogger jemputan, tak boleh nak explain detail tentang produk event. Nanti kena marah.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 34 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Bye-Bye Themify, Say Hi To Genesis

    Wordless Wednesday : Aku, Superman Dan MU