in

Sakit Tulang Ekor? Coccydynia?


Gambar dibawah ni namanya sitting donut, ataupun nama lain bagi benda alah ni namanya ring cushion ataupun donut cushion. Kegunaannya, khusus buat mereka yang ada masalah sakit tulang ekor dibahagian pinggul.

Korang pernah sakit tak?

Kalau tak pernah, kita geng.

Sitting Donut

Aku tak perlukan pun sitting donut ni, cuma.. beberapa hari lepas aku bawa wife aku untuk belikan sitting donut ni untuk dia. Sebabnya dia mengadu pada aku tulang ekornya makin lama makin sakit.

Aku tanya kenapa, dia jawab tak tahu.

Sakit tu pulak bukan sakit sikit-sikit. Tapi sakit hingga menyebabkan dia perlukan sokongan menggunakan tangan untuk berpaut pada sesuatu untuk berdiri ketika dalam keadaan duduk (tak kisah lah duduk atas kerusi ke, atas lantai ke.. mesti tangan kena pegang sesuatu untuk membolehkan dia menarik badannya supaya dapat berdiri dengan betul).

Coccydynia

 

Fuhh.. Kesian oo tengok.

Jadi, disebabkan aku sendiri pun tak pasti apa masalahnya, pemeriksaan selanjutnya aku serahkan pada pakar ortopedik.

Dipendekkan cerita, selepas dibawa wife aku untuk berjumpa dengan pakar ortopedik di KPJ Kajang.. pemeriksaan dibuat (termasuk dengan X-ray dibahagian tulang ekor tu), maka pakar tersebut pun mula berikan penerangan.

Penerangan yang mengatakan bahawa.. masalah yang terjadi ini, adalah common problem untuk wanita selepas bersalin iaitu Coccydynia.

Coccydynia is a type of lower back pain felt around the last bone at the base of the spine (known as the coccyx or tailbone). The pain of coccydynia can range from mild to severe and is usually worse when: sitting down – particularly if you are leaning backwards. – nhs.uk

Ini kerana, ketika mengandung aku difahamkan bahawa ada sejenis hormon didalam badan wanita yang fungsinya untuk melonggarkan tulang punggung supaya memudahkan proses kelahiran anak nanti (nama hormon tu aku lupa nak tanya).

Sakit tulang ekor_Coccydynia

Manakala, apabila tulang-tulang menjadi longgar.. Kemudiannya tulang ekor (yang juga salah satu daripadanya) menerima tekanan yang agak kuat hasil daripada proses meneran ketika melahirkan anak (secara normal), maka tulang ini berkemungkinan besar telah “terseliuh” ataupun pendek kata dah lari sikit dari posisi asalnya menyebabkan wife aku sering mengalami rasa sakit dibahagian tersebut apa melakukan rutin harian.

Saranan doktor pakar tersebut kepada isteri.. untuk menggunakan sitting donut kerana berdasarkan study case yang pernah terjadi.. “kecederaan” ini selalunya akan sembuh sendiri dalam masa yang singkat. Cuma katanya lagi, lepas ni wife aku kena berhati-hati bila nak duduk disesuatu tempat (kena cari tempat yang lembut).

Dan sekiranya tempat duduk keras, wife aku dinasihatkan untuk alas dengan sitting donut ni bagi mengelakkan tulang ekor yang baru nak pulih, bergerak-gerak lagi hingga menyebabkan rasa sakit.

Sitting donut, harganya dalam puluh-puluh je ikut jenis (bulat, petak, berisi angin, berisi air) dan tempat yang menjualnya. Macam aku beli kat Kajang Impian tempoh hari, yang jenis biasa je macam tiub tayar berisikan angin, dapat dalam RM60.

Dan so far, sekarang dah nak masuk 2 minggu wife aku guna. Alhamdulillah.. Dah tak kedengaran lagi sakit-sakit tulang ekor (tapi kena pakai lagi untuk beberapa minggu lagi untuk betul-betulkan pulihkan kedudukan tulang ekornya).

Fuh.. Lega.

Nota: Pakar ada bagitahu.. Worst case kena cucuk steroid. Tapi kalau cucuk steroid.. Hmm, mesti ada side effect punya kan. Selalu dengar orang kata akan jadi gemuk. Takpun satu lagi cara, operate (dengan buang tulang ekor yang bermasalah tu). Tapi implikasinya.. pakar kata, empunya badan berkemungkinan untuk menghadapi masalah untuk control buang air besar. Pulak dahh.. Pheeeww

p.s: Sitting donut ni berguna jugak untuk orang yang baru lepas jahit bersalin normal. Sebab nak elakkan tempat yang dijahit tu sakit tergesel/tertekan.

p.s.2: Lelaki pun boleh kena, selalunya kes terjadi bila jatuh terduduk dengan impak yang kuat menyebabkan tulang ekor patah atau terseliuh.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply
  1. Wife saya ada beli satu donut cushion ni… memang best…. Bila dah setiap kali guna, hari tu bila tertinggal dekat kampung… Mulalah rasa kurang selesa…

  2. ada masalah sama masa eksiden ,Alhamdulillah sue kena sikit je dan dah ok,sama la tak leh duduk tempat keras-keras kena lapik dan duduk slow2,biasa bawa bantal leper tu…skrg sakit tulang pinggul je lagi nak kena hati2 tak leh jatuh-jatuh dah.

  3. Pernah nampak benda ni, rupanya ni kegunaan dia. Pernah juga terfikir, kenapa agaknya orang beli bantal bentuk macam donut ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *