Pandang Pertama GT Mobile GT-888

GT Mobile, jenama baru dalam industri telefon pintar tempatan. Dibawa khas oleh GT Group yang berpangkalan di Singapura, menyasarkan pengguna didalam kategori peranti kelas pertengahan.

Telefon pintar GT Mobile ini (model GT-888) yang dilengkapi dengan Android 5.1 Lollipop, mempunyai rekaan yang anggun dan juga bergaya.

Dilengkapkan dengan saiz skrin 5.5 inci berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels), ianya mempunyai kelebihan tambahan dimana jenis skrin yang digunakan adalah dari jenis IPS OGS (lebih nipis) serta menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3 (tahan lasak).

Dari segi spesifikasi pula, GT Mobile dipadankan dengan cip pemprosesan Mediatek MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz daripada 4 teras kelajuan. RAM sebesar 2Gb dan saiz storan sebesar 16Gb dimuatkan kedalamnya untuk memberikan kelancaran serta kepuasan yang lebih kepada pengguna.

Dari segi kemampuan optik, peranti ini memfokuskan kepada kamera hadapan, dimana GT Mobile dikatakan menawarkan sebuah kamera 8MP yang terbaik didunia, dengan fungsi pemfokusan gambar selaju 0.3 saat dan juga mampu merakamkan video pada resolusi 4K.

Normal mode (outdoor)
Close up
Low light

Selain itu, fungsi kamera selfie juga tidak kurang menariknya, kerana ia dilengkapkan bersama kamera ber-resolusi 5.0MP berserta sebuah lampu flash.

Dari segi bateri pula, ia dilengkapi dengan bateri sebesar 2,550mAH. Yang mana berdasarkan pengalaman aku menggunakannya selama beberapa hari, boleh dikatakan ia mampu bertahan selama 1 hari penuh. Serta, panel di bahagian belakang peranti GT Mobile ini juga boleh dibuka. Sekaligus membenarkan pengguna untuk menukar bateri tanpa peralatan khas sekiranya didapati bateri itu bermasalah.

Menariknya lagi, peranti ini turut menyokong fungsi pengecasan pantas. Aku difahamkan bahawa bateri GT Mobile mampu dicas sebanyak 35% dalam masa 15 minit sahaja. Laju dan menjimatkan masa.

Fungsi lain seperti sokongan dwi-sim, juga dapat dilihat sekiranya panel belakang dibuka. Satu slot disediakan bagi kegunaan sim bersaiz standard. Manakala satu lagi slot sim, bersaiz mikro.

Rekaan

Dari segi rekaan rupa bentuk, dapat dilihat GT Mobile ini seakan-akan menyerupai beberapa rekaan model flagship berjenama yang lain. Dimana ia menggunakan bingkai logam bagi memperlihatkan kualiti binaan yang premium dan ringan.

Binaan bingkai logam juga, dibulatkan pada setiap penjuru bagi meningkatkan keselesaan pengguna ketika memegangnya. Butang ON OFF dan kawalan suara pada sisi kiri, bicu audio dan port pengecasan USB dibahagian atas serta tak dilupakan juga, panel belakang plastik yang kalis cap jari.

Tiga butang navigasi (Function, Home dan juga Back) dibina seperti kebanyakan telefon pintar lain, terletak di dagu peranti. Namun sedikit mengecewakan bagi peranti ini, apabila ketiga-tiga butang yang dibina tidak disertakan backlight. Jadi disini, ia memerlukan pengguna untuk menyumbang extra effort untuk meng-agak kedudukan ketiga-tiga butang ini sekiranya digunakan dalam suasana yang gelap.

Sistem Operasi

Seperti yang telah dimaklumkan, peranti ini menggunakan Android 5.1 Lollipop. Tidak seperti kebanyakan sistem operasi peranti jenama lain yang setaraf dengannya, peranti GT Mobile ini tidak dipenuhi dengan bloatware yang memakan ruangan storan yang terbina.

Hanya terdapat dua applikasi tambahan yang terbina didalamnya, iaitu GT Dollar dan GT Watch. Namun, kewujudan applikasi ini adalah bagi memudahkan sekiranya pengguna menggunakan servis dan juga gadget tambahan mereka.

Selain itu, fungsi yang terdapat didalam peranti ini juga dilihat menarik. Diantaranya ialah:

HotKnot – Membolehkan pertukaran data apabila skrin menyentuh peranti lain.

Scheduled power on & off – Auto off mengikut masa yang ditetapkan.

Zero shutter delay – 0.3 saat fokus dan rakam gambar.

Off-Screen Gesture (Fungsi ketika skrin terpadam)

  • Double tap – Tekan skrin dua kali untuk menyalakan skrin.
  • Swipe up – Leretkan jari keatas untuk unlock dan nyalakan skrin.
  • Draw C – Lakarkan huruf C untuk menggunakan kamera.
  • Draw V – Lakarkan huruf V untuk menggunakan kalkulator.
  • Control Music – Leretkan jari ke bawah, kiri dan kanan untuk memainkan atau mengawal lagu yang dimainkan.

Kesimpulan

Setelah menggunakannya untuk beberapa hari, dapat dikatakan bahawa aku menyukai rekaan yang ditonjolkan pada telefon pintar GT Mobile ini. Walaupun pada amnya ia tidak kedengaran seperti jenama-jenama besar yang lain, namun keselesaan dan kemudahan menggunakannya sepanjang tempoh cuti sekolah ini membuatkan aku merasa seperti memiliki satu peranti yang premium dan bergaya.

Pemfokusan pantas memudahkan aku merakamkan detik-detik penting untuk dijadikan kenangan. Pengecasan pantas pula membantu aku dalam menjimatkan masa untuk meneruskan aktiviti online yang lain.

Jadi, sekiranya korang juga berminat untuk memiliki telefon pintar GT Mobile ini, boleh dapatkannya melalui laman web www.gtmobile.sg. Harga yang dijual adalah SGD400, bersamaan dengan RM1200+ sahaja.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *