in

Resipi Macaroni Cheese Jantan


Sepatutnya petang tadi dah janji dengan isteri dan Khair untuk bawa diorang pergi bersiar-siar. Tapi bila baliknya dari satu blogger event di Shah Alam, isteri kata tak larat pula nak keluar. So, petang tadi masa terluang dihabiskan dengan sesi menonton tv sahaja.

Aiseh..tapi kalau hari cuti asyik menonton tv pun tak seronok juga. Sambil-sambil tu kena ada kudap-kudap. Jadi, gua pun memaksa isteri dan Khair mengikuti gua ke Warta Bangi untuk mencari bahan-bahan membuat macaroni cheese.

Ahaa..jangan kata lelaki tak pandai masak. Kali ni gua yang masak sendiri tau.

Okay, cara nak buat macaroni cheese ni senang aje. Bahan-bahan yang perlu ada adalah macaroni, powder cheese dan air panas.

  1. Rendam macaroni untuk seketika supaya ianya sedikit mengembang, kemudian rebus supaya ianya menjadi lembutcara buat macaroni cheese_1
  2. Bancuh powder cheese bersama air panas secukup rasa. Jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair.cara buat macaroni cheese_2
  3. Gaul macaroni bersama cheese yang telah dibancuhcara buat macaroni cheese_3
  4. cara buat macaroni cheese_4Siap! Dah boleh makan. Sedap woo. Hingga menjilat jari. Amacam pandai tak gua? Ada ciri-ciri jadi Masterchef Malaysia tak?  Haha.macaroni cheese

Nota: Powder cheese isteri beli RM18 untuk 200 gram.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Juan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *