Okay..taknak cakap banyak. Sebelum ini bukan Khair tak pernah kena cirit birit pun, banyak kali. Cuma kali ini agak degil cirit biritnya. Semalam sahaja dah dekat 10 kali keluar air sahaja.
Puncanya? Tak tahu. Mungkin disebabkan tahap kebersihan air yang tidak elok ataupun memang musim cirit birit.
Disebabkan itu, isteri terpaksa ambil cuti untuk jaga Khair. Nak harapkan cuti aku dah tak banyak. Tinggal beberapa hari je lagi untuk bertahan hingga ke akhir tahun.
Opps..Maaf. Dah melalut ke lain.
Straight to the point. Petua untuk menghilangkan cirit birit kali ini adalah dengan memberikan anak-anak minum air Teh O.
Ye..Teh O. Sebabnya, petua guna air tepung sudah tidak sesuai bagi Khair. Mungkin disebabkan rasanya yang tawar membuatkan Khair agak susah untuk buka mulut. Bila guna air Teh O, senang sikit. Sedap. Manis-manis je rasa.
Tapi pastikan air teh O yang dibuat untuk menghilangkan cirit birit ini dibancuh sedikit pekat. Kenapa?
Maaf..Secara teorinya aku tak dapat jawab, tapi kalau dari segi logik akalnya..air teh O pekat kalau kita sendiri minum pun akan jadi sembelit. Sembelit maksudnya disini, najis akan jadi keras. So faham-fahamkan aje.
Cirit sama dengan najis cair, mungkin bila dah minum teh O pekat..ia dapat membantu untuk mengeraskan najis dan dalam masa yang sama mengurangkan cirit birit.
Nota: Ini teori aku sahaja, jangan percaya bulat-bulat,
Untuk rekod: Aku dah bagi Khair minum teh O sebelum tidur semalam, so far pagi ini check pampers tak ada lagi cirit. Jadi pendapat aku, mungkin buat masa ini aku kelaskan petua ini sebagai mujarab.
p/s: Kalau cara ni tak jalan jugak, korang boleh cuba cari ubat yang namanya “Smecta“. Fungsinya untuk mengeraskan najis bayi. Ubatnya jenis serbuk, kena bancuh dengan air dan bagi anak minum (aku guna picagari je).
perut tak suka benda pahit. tu la pasal kot. haha..
nampaknya petua itu sesuai utk anak hafiz dan berkesan.
nanti aku singgah umah mu,,, aku nak minum air FRESH OREN,,, TEH O aku tak nakkk
Satu lagi pertua adalah beri minum air basuhan beras dapat mereda cirit birit.
thanx sharing2.. jemput join GA ni
wah! petua yg bagus nii.. hubby teman pun selalu kena cerry berry ni..
Tips ini juga sesuai untuk remaja, dewasa dan orang tua… Hehehehe 🙂
Hehe..betul2..air teh pekat ni memang sesuai..saya sendiri pun pernah mencuba nya..tapi kat anak, belum cuba lagi..sebab si anak tak pernah kena cirit birit..hehe
Biasanya cirit birit terjadi sebab badan flush bacteria atau keracunan atau benda asing yang badan tak suka…the best solution adalah berikan mineral seperti mimum air garam bukit atau biasa orang kampung buat minum air kelapa fresh ori tak ada gula.
terima kasih atas info yang dikongsikan bro
mgkin sifat tea o pahit tu alkali, asid perut tu asidik, asid +alkali jadi neutral
Boleh praktikkan petua ni. Kalau untuk orang dewasa selalu ambil pil chi-kit teck aun memang berkesan.
ok.thank pasal info ni. first time dengar sebenarnya
Memang sembelit minum air teh o pekat ni.
info yang bermanfaat,,thanks
Anak tu umur berapa yer .baby saya pn skrg cirit birit umur 8 bln
Siang nanti saya nk cuba. Sbp skg anak saya kena cirit birit. Sampai merah bintot dia,. Cian tgok.
Nak try kat anak la pg esok. Dah 3-4 hari anak cirit birit.
Kalau bayi kena cirit birit pasti akan meraung kesakitan bila tukar lampin nya . Sampai bergetar seluruh badan menahan kesakitan .. Ya tuhan , biar la aku menanggung segala kesakitan itu .. Hati sangat pedih lihat dia meraung kesakitan ..
lau bby melecet…. gunakan tpung ubi pengganti bedak baby……. insyAllah ruam mlecet tu cept kering n bantu mnyejukan…. sy mmg amalkn petua ni kt anak2…. Alhamdulillah..mmg brkesan sgt….
Baby 9bulan boleh k
salam nak tanya,,petua ni sesuai untuk budak berumur berapa tahun ya.. kalau baby berumur 8 bulan boleh ke?
Alhamdulillah, dulu time ceri beri time berjalan d’singapore pun saye gune petua ni, memang mujarab.
tapi sekarang if ceri beri saya telan vitamin c shaklee sebab ceri beri ni sebab ade toksin yang badna kita taknak absorb, bahaya so signal yang kita dapat is keluarkan camne cara pun
poo poo, muntah, kencing kene keluarkan sebab takle masuk usus, so vitamin c shaklee bantu badan keluarkan toksin dengan cepat
so far yang praktis alhamdulillh lega…
baby kecik sesuai bagi optiflora, boleh cari kat farmasi bantu banykkan bakteria baik dlm usus
di negara saya ini namanya mencret ..biasanya kalau sdh mencret bisa diminumkan larutan air garam ….
petua ni memang mujarab utk saya..tp utk anak sy xmmberi kesan la..de masih jgk crit brit..cek klinik pn sme jgk..
tuan kalau anak berumur 4 tahun bole ke?
thanks for these tips, Hafiz