Pertama Kali Pakai Pomade, Ini Yang Berlaku..

Ini pengakuan jujur. Ikhlas dari hati. Tak de spin cerita mana-mana.

Rambut aku, dah bertahun tak pakai minyak ataupun apa-apa jenis gel rambut.

Seingat aku, kali terakhir aku lumur benda-benda alah macam ni masa aku sambung belajar kat MFI dulu. Itu pun sebab terikut trend zaman tu untuk pakai Gatsby. Ala.. jenis yang dalam bekas warna-warna meriah tu. Aku pakai Gatsby warna pink. Jambu beb. Hahaha

Tapi, ini throwback cerita dulu. Cerita ni pun dah makan belasan tahun. Aku grad tahun 2006. Jadi, anggaran masa rambut aku kering kontang tanpa pakai apa-apa minyak atau gel rambut adalah dalam lingkungan 11 tahun. Peh.. lama siot.

Dan.. Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas sorang mamat hipster ni roger aku.

Dia offer aku untuk cuba produk pomade Movida. Pomade baru keluaran Malaysia. Katanya ini adalah produk yang dijual oleh sepupunya, dan of course la offer itu diiringi dengan gula-gula.

Gula-gula tu aku tak kisah (kat kedai runcit boleh beli), tapi disebabkan orang dok heboh sangat pasal pomade ini.. maka, hati aku pun mestilah ada rasa sedikit teringin kan.

So, proceed.. Aku bagitahu dia..

“Ko nak bagi aku test, bak mai 2 bekas. Aku tak mau sikit-sikit. Sekali aku colet pun dah separuh bekas..”

Begitulah ayat aku pada mamat hipster ini.

Dia usha ketat.. Tapi, nampak macam terpaksa mengalah dengan aku.

Jadi, dengan bengkeknya dengan ayat pilihan yang aku berikan.. dia pun bersetuju. Maka, selang beberapa hari.. aku singgah kerumahnya. Disusun depan aku banyak flavour pomade yang didepan mata.

“Haa.. pilih mana yang ko nak..”

Yes.. ini yang aku tunggukan. Aku buka satu per satu.. cium bau..

Dan.. akhirnya, flavour blueberry dan grape jadi pilihan.

Kiri – Blueberry, Kanan – Grape

Wangi baq hang! Aku balik bagi Khair cium bau, tu dia.. Berkali-kali datang balik kat aku mintak nak cium bau lagi. Hinggakan puan isteri pun cakap, kuat baunya. Mengalahkan bau perfume. Hahaha.

So, disebabkan bini dah puji bau wangi. Keesokannya, nak pergi jalan-jalan makan angin.. aku dengan semangat berkobar-kobar lumur pomade Movida pada rambutku yang dah lama menggersang.

Dan.. resultnya.. Hmm.. Malas nak cakap banyak..

Sebelum pakai pomade..
Selepas pakai pomade.. Demm! Kacak sangat.

Korang tak perlu cakap apa-apa.. Sememangnya gua persis model. Ditambah lagi dengan cairan-cairan pomade disetiap helaian rambut, menyerlahkan lagi kekacakan aku. Haih.. thanks korang sudi puji walaupun aku dah jemu rasanya dipuji setiap hari. Hahaha.

Ini gambar Khair pagi tadi. Dia pun request nak disapukan pomade dulu sebelum pergi sekolah. Pandai dahhh..

By the way, sedikit fakta mengenai pomade Movida yang aku boleh kongsikan disini:

  • Pomade Movida ini ianya berbau wangi. Bukan wangi sikit, wangi banyak dohhh
  • Tak melekit dan tangan korang mudah dicuci sebab ianya water based
  • Lepas korang pakai, rambut korang memang stay macam mula-mula korang set – (Kalau korang stylekan rambut korang jadi mohawk, maka mohawk lah jadinya. Kalau korang stylekan rambut korang jadi hipster, maka hipster lah jadinya)
  • Dan yang paling best, seharian aku pakai pomade ini.. rambut aku tak gatal dan tak memeningkan kepala – (Sangat berbeza dengan dulu-dulu punya cerita. Dulu waktu pakai gel rambut, kejap je terus pening kepala dan rambut berkelemumur.)

Haa.. So dari sini, korang dah dapat bayang-lah pomade Movida yang aku pakai ini sangat best kan. Serius.. Terbaik. Jadi, kalau korang nak mencubanya juga.. Boleh je.

Sila roger sepupu kepada mamat hipster yang bagi pomade ini pada aku iaitu tokeynya, nama beliau Hezlee. Bernombor telefon 011-17254742. Harga tak mahal pun, RM30 je sebekas.

p.s: Nak jadi ejen boleh gak, tapi tu kena tanya tokeynya sendiri la kan.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

14 Comments

Leave a Reply
  1. Sekarang ni dah ada macam-macam brand Pomade ada di pasaran… Yang terbaru rakan sekerja saya pun ada keluarkan Pomade dengan nama sendiri sebagai jenama..

  2. 1st time pakai hari tu cik puan hadiahkan. Mungkin sebab nak tengok laki dia jadi ala-ala hipster. Tapi memang cool and best bila bubuh pomade atas kepala ni. Nampak muda 5 tahun haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GT Dollar Kini Di Malaysia

Pandang Pertama GT Mobile GT-888