Persediaan bulan Ramadhan

Sedar tak sedar tinggal lagi berapa hari untuk kita menyambut bulan Ramadhan. Baru je rasa macam awal tahun, tapi tengok kalendar dah lebih separuh tahun rupanya. Umur makin meningkat.

Majlis raja-raja dah pun menetapkan tarikh untuk melihat anak bulan Ramadhan 2012 jatuh pada petang Khamis, 19hb Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah. Firasat Hafiz lah kan, rasanya hari pertama puasa jatuh pada hari Sabtu dan petang jumaat tu, jalan sekitar Kuala Lumpur confirm sesak.

Jadi, dah bersedia ke kita untuk menyambut bulan penuh keberkatan kali ni? Bagi Hafiz..Seperti yang dah dinyatakan dalam entry-entry yang lepas, tahun ni cukuplah sekadar bersederhana. Setakat yang mampu je lah. Kalau lebih-lebih nanti, takut lepas raya kena makan serbuk kuih raya pula.

Apa-apa pun, dalam dua-tiga hari sebelum ketibaan Ramadhan ni..Cuba kita semak dulu apa yang perlu dibuat. Kot-kot lah ada yang tertinggal, boleh kita guna masa yang ada ni untuk laksanakannya.

Kongsikan artikel ini dengan menekan butang LIKE dan jangan keberatan untuk meninggalkan komen dibawah diruang yang telah disediakan.
Anouncement: Top komentator bulanan akan menerima Hadiah Misteri dari pihak Admin.

Comments

  1. selamat berpuasa dan selamat beribadah, sama2 kita buat yg terbaiklah tahun ni.
    Denaihati recently posted..iPhone 5 CountdownMy Profile

  2. serius memang tak sabar sambut bulan Ramadhan 1433 Hijrah ;)
    Selamat Berpuasa untuk kita semua :D
    hafidz recently posted..Album Review : MOJOMy Profile

  3. InsyaAllah esok Puasa. Salam Ramadhan daripada saya buat bro :)
    ProfHariz recently posted..Apa Ada Pada Ramadhan Yang KunantiMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge