in

Perniagaan Kuih Raya


Baru-baru ni ternampak iklan tentang kuih raya.

Ye..kuih raya. Walaupun masih berbaki beberapa minggu lagi untuk menyambut bulan Syawal, sudah ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan bisnes kuih raya masing-masing.

Logik akalnya kerana perniagaan kuih raya sememangnya diketahui mampu memberikan pulangan yang menguntungkan apabila menjelang bulan Ramadhan.

Rata-rata peniaga sebegini awal-awal lagi sedar dan tahu akan permintaan ataupun demand terhadap kuih raya yang setiap tahun meningkat.

Disini apa yang Hafiz nampak, bagi orang yang pandai mengambil kesempatan sudah tentu orang itu akan mendapat pulangan yang berganda. Jika dikira secara kasar, modal untuk menyediakan kuih raya tidak setinggi yang disangkakan. Bahan mentah asas seperti mentega, telur, tepung serta bahan sampingan mudah dicari dipasaraya-pasaraya berdekatan.

Cuma yang membezakan kadar keuntungan seseorang peniaga itu adalah dari segi jenis bahan mentah yang digunakan, supplier bahan mentah, cara pembuatan, pengurusan tempahan dan juga kualiti kuih raya itu sendiri.

kuih semperit

Tetapi semua itu tidak perlu dikhuatirkan walaupun bagi golongan yang baru ingin berkecimpung dalam perniagaan kuih raya, kerana kesemua intipati formula yang Hafiz senaraikan tadi sudah terkandung didalam ebook buat Bisnes Kuih Raya. *Maaf ebook Bisnes Kuih Raya tidak dikeluarkan lagi. Sebagai ganti terdapat dua ebook baru iaitu  yang Hafiz rasakan ia dapat membantu sekiranya anda ingin membuka perniagaan sempena raya.

Yang perlu dilakukan hanyalah dengan mengeluarkan sedikit modal yang harganya tidaklah semahal sekotak cupcake comel Wondermilk dan usaha yang berterusan.

p/s: Kuih raya feveret, kuih semperit. Satu balang hadap makan sorang pun tak apa.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

21 Comments

Leave a Reply
  1. tak sabar nak buat kuih raya..
    rasa mcm nak meniaga.. tp tgk modalnya ada ke tidak..
    best.. cuti 2 bulan puasa dan raya kat rumah…

  2. dulu pernah jual kerepek. Sampai gua sendiri dah tak larat nak terima order. haha..penat kan main. Gua ni dah la pemalas.

  3. DT beli kuih raya untuk diri sendiri je.. bukan bagi orang.. tapi yang sedap je la.. tak sedap bagi orang makan.. heeee

  4. Emmm memang memberi keuntungan pada mereka yang pandai membuat kuih muih ni..pasti senyum lebar lahhh..hehe

Leave a Reply to Norfanil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *