Nasi Dagang Paling Sedap

Nah.. ini dia nasi dagang paling sedap. Resipi turun temurun keluarga mak aku.

Nasi dagang Terengganu

Tiap-tiap tahun beraya, kalau tak ada menu ni atas meja, memang tak sah. Pasti termimpi-mimpi.

Nasi dagang resipi keluarga aku ni, bukan macam nasi dagang yang kebanyakan orang jual dikedai, yang guna beras perang.

Tetapi ianya dimasak menggunakan beras putih. Dimakan bersama lauk gulai ikan tongkol yang dimasak dengan rempah ratus asli dari Terengganu dan juga acar timun.

Nasi Dagang

Fuh.. terbaik beb, makan sekali mesti nak lagi.

Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, ada je rakan-rakan mak ayah aku, rakan-rakan adik aku dan rakan-rakan kakak aku yang tak puas makan. Siap ada yang call untuk buat tempahan peribadi.

Hohoho. Nasi dagang.. Nasi dagang.

Bangga kejap sebab ada mak yang boleh masak nasi dagang sedap. Masakan melayu klasik tuu. Hik hik hik.

Nota: Berminat untuk buat tempahan nasi dagang Terengganu, jangan malu-malu.. jangan segan. Roger je mak aku (Kak Ani) di nombor telefon 019-6022185. Kalau call tak ada orang jawab, sila tinggalkan SMS. *Untuk kawasan sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Serdang & Kuala Lumpur sahaja. 😉

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *