Nama Penuh Baby H Adalah..

Sejak hari pertama, ramai dah yang tanya apa nama penuh baby H. Tapi aku nekad, tak nak bagitahu lagi sehinggalah nama berjaya didaftar di JPN.

Khair pula sporting. Kalau orang tanya nama adik dia, dia akan jawab..

Baby H la..

Good Khair. Jawapan mengikui skema jawapan. Hahaha.

Well, sebenarnya dia pun tak tau juga. Sebab daddy dah masak dengan perangai dia. Kalau daddy bagitau awal-awal nanti dia bocor rahsia. Hehehe.

Okay la.. Okay la..

The moment of truth.. Nama sebenar baby H adalah..

 

 

 

 

 

 

Ahmad – Terpuji, Salah satu nama Rasulullah SAW

Haziq – Cerdik, pandai

Mueez – Yang memberikan perlindungan

Ahmad Haziq Mueez. You can call him Haziq, Mueez ataupun waktu kecil lagi ni panggil je Baby H. 🙂

Prosedur pendaftaran kelahiran anak di JPN

Dalam tempoh 14 hari kelahiran, kena bawa dokumen-dokumen berikut ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia yang terdekat:

  1. Borang pendaftaran kelahiran (pihak hospital bagi dan akan seal borang ni dalam sampul surat tertutup)
  2. Kad pengenalan atau dokumen pengenalan ibu bapa (asal dan salinan)
  3. Sijil perkahwinan ibu bapa (asal dan salinan)
  4. Dokumen bukti kelahiran (asal dan salinan)
    • Surat pengesahan kelahiran
    • dan juga, kad/buku rawatan semasa ibu mengandung (buku checkup)

Note: Lambat daftar kena denda. Dinasihatkan kalau ada masa, pergi je cepat-cepat. Jangan tangguhkan, nanti terlupa.

p.s: Nama dah pilih lama dah. Lepas tau jantina, terus gigih cari nama anak.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Alhamdulillah… da ade name.. makde nk pngik Haziq..

    Semoga haziq membesar dgn baik, sihat and jadi ank yg taat kt ibu n daddy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *