Seronoklah orang KL, sebelum ini dah ada IKEA Cheras.. tak lama lagi, bakal dibuka pula sebuah shopping mall baru. Kedua-dua bangunan, bersambung antara satu sama lain pulak tu. Haih.. Makna kata, habis shopping di IKEA boleh terus sambung shopping di mall sebelah. Tak payah susah-susah nak start kereta pergi tempat lain, tak payah juga bazir masa. Hehehe.

Shopping mall yang bakal dibuka itu difahamkan namanya MyTOWN Shopping Centre. Mempunyai kapasiti yang boleh memuatkan lebih kurang 460 buah lot kedai.

Hmm.. Kalau fikir logik, 460 buah lot kedai.. dah dikira besar dah tu. Harap-harap nanti bila dah dibuka pada umum, pihak pengurusan akan sediakan banyak tempat duduk.

Yelah.. In case ada abang-abang, kakak-kakak diluar sana yang penat berjalan berjalan, bolehlah mereka berhenti rehat sekejap kan. Kalau tak, balik nanti silap-silap kena berurut pulak. Hahaha.

By the way, dalam entri ini.. aku sebenarnya bukan nak sembang sangat pun tentang MyTOWN Shopping Centre. Cuma niat dihati, ingin menghebahkan kepada korang berkenaan dengan satu contest selfie mudah, yang dianjurkan oleh MyTOWN Shopping Centre.. iaitu #GOOSIESELFIE.

Contest ini.. Mudah, memang semudah-mudahnya.

Pendek kata, semudah A,B,C. Dan, hadiah-hadiahnya pula.. Wow, keseluruhannya bernilai lebih daripada RM10,000. Banyak kan?
Ahaa.. Memang banyak.

Jadi, kalau korang dah tahu berapa nilai hadiahnya, tahu betapa senangnya untuk join contest.. kiranya agak rugi kalau korang sia-siakan peluang ni.

Lagipun, join contest selfie ni tak perlukan masa yang lama pun. Paling busuk 5 minit je.

Dan sebagaimana cepatnya korang boleh selesaikan task contest ini, adalah melalui step by step yang aku kongsikan dibawah:

  1. Layari https://www.gooseyselfie.com.my/
  2. Kemudian klik “Join Now”.
  3. Baca arahan ringkas untuk fahami langkah seterusnya, selepas itu klik “Start”.
  4. Login menggunakan akaun Facebook korang, kemudian jawab satu soalan mudah.
  5. Seterusnya, upload atau snap gambar selfie korang, dan tambahkan elemen ‘goose’ pada gambar tersebut.

    #GOOSEYSELFIE – Gambar ni mesti menang punya. Kalau tak menang, gua tahan kentut satu hari. Hahaha
  6. Selesai? Klik ‘Submit’.
  7. Dan, langkah terakhir.. kongsikan gambar itu ke Facebook korang dengan hashtag #GOOSEYSELFIE.

Nampak? Mudah kan.

Nota: Pemenang akan dipilih setiap minggu. Kalau korang menang, jangan lupakan gua yang dah tolong bagitahu pasal contest ini. Semoga berjaya dan korang boleh hebahkan contest ini pada kawan-kawan yang lain juga. 🙂

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge