in ,

Mudahnya Guna Kad Prabayar Shell EasiGO American Express


Wah.. mudahnya pengisian minyak kereta dengan kad prabayar Shell EasiGO American Express.

Cuma perlu swipe kad, tunggu pengesahan kemudian terus boleh refill minyak sebanyak mana yang diperlukan. Jimat masa, jimat tenaga dan tak perlu lagi beratur panjang di kaunter bayaran. Hohoho.

Shell EasiGo Amex Prepaid Card

Kad prabayar Shell EasiGO American Express ini sememangnya direka khas bagi mempercepatkan proses pembayaran tanpa melibatkan tunai. Sesuai dengan kelebihannya itu juga, ianya turut menyediakan sistem treatpoint yang membolehkan para pengguna setia mereka untuk menebus pelbagai hadiah-hadiah menarik.

Cara-cara pendaftaran dan pengaktifan kad prabayar Shell EasiGO American Express

Mudah saja. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  1. Membeli starter pack kad prabayar Shell EasiGO American Express ini melalui mana-mana stesen minyak Shell dengan harga RM15.
  2. Isi borang yang disertakan dengan butir-butir peribadi.
  3. Lampirkan salinan kad pengenalan dan hantar kepada Maybank melalui:
    • Fax: 03-2070 6868
    • Email: prepaidcard@maybank.com.my
    • Pos: Maybank Card Centre, 7th floor, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur

** Makluman 1 – Proses pengaktifan kad prabayar ini akan mengambil masa selama 7 hari bekerja. Setelah ianya diaktifkan, anda akan menerima satu notifikasi SMS.

Kad Shell EasiGO American Express prepaid telah diaktifkan.
Kad Shell EasiGO American Express prepaid telah diaktifkan.

Panduan mengisi minyak dengan kad prabayar Shell EasiGO American Express

Pengisian minyak di stesen-stesen minyak dengan menggunakan kad ini boleh dilakukan dengan selesa hanya dengan beberapa langkah mudah:

  1. Masukkan kad kedalam mesin Outdoor Payment Terminals (OPTs)
    Hafiz Rahim - Shell EasiGO American Express prepaid card
  2. Tunggu pengesahan.
  3. Sebaik sahaja diluluskan, anda terus boleh angkat pam minyak dan memulakan pengisian minyak kedalam kereta ataupun motorsikal anda.

Senang kan?

**Makluman 2 – Untuk penjimatan minyak yang maksimum, anda disarankan supaya menggunakan minyak Shell FuelSave 95 bagi setiap pengisian. Ini kerana minyak Shell FuelSave 95 ini telah dirumus khas dengan formula yang mampu memberi penjimatan optimum kepada kenderaan anda (Rujuk tips jimat minyak daripada Shell).

Fungsi tambahan kad prabayar Shell EasiGO American Express sebagai kad ATM

Selain daripada menggunakan kad ini di mesin OPTs Shell, kad ini juga boleh digunakan sebagai kad ATM. Dengan had tambah nilai maksimum sebanyak RM5,000 dan had pengeluaran sebanyak Rm1,000 bagi setiap transaksi, kad ini merupakan satu inisiatif baru untuk anda mengawal perbelanjaan mengikut kemampuan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dapatkan dahulu nombor pin kad prabayar Shell EasiGO American Express di cawangan-cawangan Maybank yang terpilih dan lengkapkan juga borang permohonan serta dokumen sokongan (salinan kad pengenalan).

Pengeluaran tunai menggunakan kad prabayar Shell EasiGO American Express

Shell EasiGO American Express prepaid card
Contoh notifikasi SMS apabila transaksi berjaya dilakukan.

p/s: Masih ada peluang untuk anda rebut hadiah RM450,000. Syaratnya, cuma belanja minimum RM5 guna Shell EasiGo Prepaid Card.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
  1. Bro, saya nasihatkan jangan keluarkan cash money dengan menggunakan kredit kad. .. biasanya ada cas tambahan yang agak mahal dikenakan, sekiranya kita menggunakan kemudahan tersebut. .

    • kad easigo shell ni pun kad debit ler… semua kad debit kena top up. kalau tak mcmana nak ada duit dalam tu. kad debit biasa seperti maybank, cimb tu dah ada duit sbb duit gaji masuk situ. duit gaji masuk tu kira top up la tu…

      hehehehe

  2. Salam , saya baru register kad ni , apabila saya nak cuba masuk kan duit dalam kad ni , dekat cdm pun tak boleh , saya pergi kaunter pun tak buleh .. saya call customer services mereka kata kad saya dah diaktifkan dan semuanya boleh masuk duit tiada masalah , tapi pihak bank cakap tak boleh nak masukkan duit dalam kad ni .. sebelum ni saya tiada account maybank . Kena register dulu ke maybank account baru boleh kad shell easigo ni boleh digunakan ?

  3. RAMAI TG TAK TAU WUJUDNYA KAD EASIGO YG BAGUS NI…NI BKN KREDIT KAD,NI ADALAH SEPERTI DEBIT KAD,TP DIA NAMAKAN SEBAGAI EASIGO,TUJUAN DIA UTK KEGUNAAN ISI MINYAK TANPA BAWAK CASH MONEY DGN SYARAT KITA KENA TOP UP DULU DLM AKAUN NI.
    DAN KEMUDAHAN SAMPINGAN SELAIN BOLEH BUAT ISI MINYAK KITA BLH BUAT PENGELUARAN DUIT DLAM AKAUN KITA DIMANA² MESIN ATM(MAYBANK) JANJI DALAM AKAUN KITA NI MESTI LA ADA DUIT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *