Minimum Cash Out Says.My Dalam 4 Hari

Kalau dulu Hafiz selalu memuji Churp-Churp akan kebaikan mereka yang selalu menawarkan social seeding, tetapi selepas dirasakan Churp-Churp sudah mula menganak tirikan diri Hafiz..Proses berpaling tadah untuk menggantikannya pun bermula.

Pencarian dimulakan, dan sememangnya proses pencarian itu memang memeritkan. Pelbagai jenis komuniti advertising yang menawarkan pulangan income telah Hafiz cuba, tidak kira sama ada ia dari luar negara ataupun tempatan.

Nak dijadikan cerita, semasa pencarian dijalankan..Hafiz teringat akan Says.My. Komuniti pengiklanan yang lebih kurang seperti Churp Churp.

Kalau tak silap, Hafiz dah buka akaun dengan pihak mereka sejak 2 tahun lepas lagi. Tetapi disebabkan ketika itu Hafiz kebuntuan idea untuk meng-optimize-kan campaign-campaign yang disediakan, so ianya dianggap seperti menyusahkan lalu ditinggalkan terkontang-kanting.

Tetapi, itu cerita dulu..Kini timbul kembali niat dan azam baru untuk mencuba semula Says.My. Tanggal 1hb Ogos 2012, tarikh bermulanya Hafiz mengiklankan campaign-campaign yang diberi. Pelbagai cara digunakan. Dan akhirnya, berkat daripada ilmu-ilmu yang dicedok dari Internet..Selepas 5 hari mempromosikan campaign, akaun Says.My Hafiz telah pun mencecah minimum cash out (kalau dikira earning, minimum cash out jatuh pada hari ke-4). Alhamdulillah.

klik untuk besarkan

Sedikit tips yang boleh dikongsi untuk menaikkan earning Says.My:

  1. Gunakan ayat promosi yang menarik dan straight forward
  2. Gunakan Twitter sebagai medium penyebaran iklan sebaik mungkin
  3. Promote dan update di status Facebook, tetapi jangan sampai dianggap SPAM
  4. Selitkan campaign dalam blog
Bagi pembaca yang berminat untuk mencuba, boleh berdaftar di sini. Mana lah tahu, dapat cover duit poket selepas raya nanti.
Artikel ini hanyalah sedikit sebanyak pengetahuan dan pandangan daripada penulis. Sekiranya dirasakan artikel ini berguna untuk orang lain, anda boleh kongsikan artikel ini dengan menekan butang LIKE dan jangan keberatan untuk meninggalkan komen dibawah diruang yang telah disediakan.

Comments

  1. wahhh..besnye..dalam 4 hari dah bleh cashout..
    syu90 recently posted..dapat topup Rm10My Profile

  2. wow, tahniah. usaha tangga kejayaan. siapa yang rajin berusaha dialah yang dapat. keep it up!
    Sya Isya recently posted..BLOG REVIEW DI BLOG SOP.NAME.MYMy Profile

  3. dulu dah cuba..tapi tetiber kena suspended..hantar email kat diorang, langsung tak balas….motif?..geram sangat..sebab dah Rm300 dalam tu…member pun ada jadi gitu juga…terus malas nak berkempen lagi..huhu
    dzuandiey recently posted..Mana Satu Yang Wajib?My Profile

  4. wahh! untung la baru 5 hari dah dapat RM50 lebih. D ni dah setahun lebih, baru dapat RM80 lebih. sedih betul ;( sekarang baru nak aktif

  5. wahh, sekejap nye dah sampai RM50.. untung la boleh cash out.
    muazfaris recently posted..Blog Muaz Faris dalam Majalah Intrend Ogos 2012My Profile

  6. earning sy tak sampai 10 henget pon..ekekekek

  7. says ni pandai.. dia suka suspended akaun org yg bnyk duit… dlm acc aku rm250..kena ban…time duit kitaa sikit xder pulak nak suspended…reason langgar terms and condition… sedangkan aku share mcm biasa di facebook je..

  8. sekarang ni mcm dah susah nak dpt earning dari says.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge