Mee Udang D’Laila Di MMA Santai Corner

Mee Udang D’Laila, antara mee udang yang terbaik pernah aku makan.

Mee udang galah d'laila-MMA Santai Corner

Lebih sedap berbanding mee udang Teluk Kumbar, kuahnya juga lebih pekat serta penuh dengan rasa rempah ratus.

Harga yang ditawarkan agak berpatutan. RM10 bagi semangkuk mee udang galah, RM10 bagi semangkuk mee udang bersaiz L dan juga RM5 bagi mee udang bersaiz M.

Seperti yang aku tunjukkan di dalam gambar diatas, itu adalah hidangan mee udang galah. Disertakan 4 ekor udang galah bersaiz sederhana bagi setiap hidangan.

Seeeeedapppp! Serius sedap tau. Sedap hingga menjilat jari. Even isteri aku yang pada mulanya kurang berminat dengan mee udang pun dah mula┬ámemuji-muji kelazatan rasa mee udang D’Laila. Kalau boleh tiap-tiap minggu nak diajaknya datang kemari.

Nota: Bagi sesiapa yang ingin mencuba sendiri mee udang D’Laila ini, boleh berkunjung ke MMA Santai Corner yang terletak di Nilai Negeri Sembilan. Untuk memudahkan pencarian, gunakan saja applikasi telefon pintar WAZE dan search “MMA Santai Corner“. Lokasinya betul-betul berdekatan dengan pasaraya Giant Nilai.

p/s: Maaflah, gambar ada satu je. Masa datang dengan family hari tu tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak. Al-maklumlah.. bila dah mengadap mee udang yang sedap, mana nak ingat benda lain lagi kan. Hahaha.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 10 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Bersihkan Nama Dari Senarai Hitam

    Like A Boss