Masuk Hari Ke-5 Di NICU

Hari kelima berada di wad NICU. So far, dah banyak progress baby H compare dengan first day dia dilahirkan.

Daripada pakai Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) – Mask oksigen yang ada tube gedabak besar tu untuk sokongan pernafasan, kemudian ditukar kepada High Flow Nasal Cannula (HFNC).

Sehinggalah kelmarin, pernafasannya stabil dan kini dia bebas sepenuhnya untuk bernafas tanpa alat bantuan.

Tidur baby H didalam bassinet, dimana fototerapi dijalankan (sebab baby H ada jaundice – bacaan tak lebih daripada 230). Under close monitoring daripada HUKM medical team, boleh dikatakan hari demi hari baby H nampak lebih sihat berbanding hari sebelumnya.

Sekali sekala, dibuka matanya sambil memandang tepat ke wajah ibu dan daddy. Terasa sayu sungguh bila terkenangkan bila agaknya dia boleh balik ke rumah.

Semasa melawat sebentar tadi, sempat juga aku bertanya pada nurse sama ada dia okay atau tidak sepanjang siang hari waktu daddy pergi ke pejabat?

Lalu nurse jawab..

Dia garang. Kalau lambat sikit bagi susu. Terus nangis. Susah pulak tu nak pujuk.

Sorry nurse.. 🙄

Daddy hanya mampu tersengih. Bab nangis, daddy no komen. Mungkin itu ikut perangai ibunya. Kecil-kecil lagi dah tunjuk belang, sama juga macam abang Khair. Hahaha.

By the way, mengikut perancangan rawatan, kiranya hari ini dah merupakan last day baby H diberikan antibiotik. Antibiotik untuk lung infection-nya.

Esok lusa.. InshaAllah, tak perlu lagi dah.

Cuma untuk memastikan dia betul-betul sihat, dalam tempoh terdekat pihak HUKM akan observe pemakanan dia (sama ada dah pandai menyusu badan ataupun tidak) dan juga mengambil kira perubahan berat badan.

Sekiranya kedua-dua tiada masalah.. InshaAllah, dalam masa terdekat mungkin baby H dah boleh discharge. 🙂

p.s: Baby H masuk NICU sebab dia premature (35 minggu) dan terkena lung infection.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *