Satu saat yang cukup indah apabila minggu lepas sekali lagi aku bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari berkesempatan untuk meluangkan masa menikmati hidangan-hidangan yang cukup enak dan menyelerakan di salah sebuah restoran terkemuka di ibu kota.

Restoran yang dimaksudkan, menampilkan sembilan buah dapur berlainan masakan (iaitu Crab Factory, Ember & Bara BBQ, Raksasa Mirai, Nove 9 Pizzeria, Moley’s Oyster Bar, Bang Bang Baller Bar, My Wing Man, Variety Nible Nible Nible dan Sweet Endings), yang dikenali sebagai Brolly.

Hafiz Rahim_Top Blogger

Terletak di aras G, Menara Felda, lokasi restoran ini mudah dicari kerana ia bukan sahaja berdekatan dengan pintu masuk KLCC, malah dihadapan Menara Felda itu sendiri terdapat satu signage besar Brolly yang memudahkan pengunjung untuk mengenalpasti lokasi restoran tersebut.

Brolly @ Menara Felda

First impression @ Brolly Menara Felda

Berbanding Crab Hut Cyberjaya yang mana ianya dibawah pihak pengurusan yang sama, kelainannya antara kedua-kedua restoran ini tetap ketara.

Unique bus Brolly

Jika diimbas kembali dari sudut susun atur dalaman Crab Hut Cyberjaya yang lebih tersusun dan hanya mempunyai satu ruangan yang luas, di Brolly Menara Felda pula keadaannya agak lebih santai dimana pelanggan yang berkunjung bebas memilih sama ada ingin menjamu selera secara outdoor ataupun indoor (juga mempunyai bilik VIP bagi mereka yang inginkan privacy dan suasana eksklusif).

VIP Room Brolly Menara Felda
Bilik VIP

Brolly_Menara Felda

Lepak area
Nampak tak kereta tergantung tu?
Unique Wash Area
Pam minyak dari paip cuci tangan. Unik!

Dari segi tawaran menu pula?

Ya, boleh dikatakan pilihan menu di Brolly lebih banyak berbanding Crab Hut Cyberjaya. Ini kerana pada hemat aku, 9 dapur berlainan masakan yang setia menerima pesanan pelanggan memainkan peranan penting dalam penyenaraian makanan.

Lihat saja makanan-makanan yang dipesan oleh kami pada malam itu.

Starter sets Brolly Menara Felda
Starters – Cencaluk Fried Chicken Wing, Beef Burger & Skewer
Ayam percik lunch Tray
Ayam percik lunch Tray
Seafood Fried Rice Lunch Tray
Seafood Fried Rice Lunch Tray – Lunch Set, tapi kitorang makan time dinner. Hehehe
Beef burger set
Beef burger set
Beef Yakiniku Omelette Curry Don
Beef Yakiniku Omelette Curry Don
Lambogarlic Pizza
Lambogarlic Pizza

Ini baru dikategorikan sebagai starters.

Manakala untuk main course pula, kami dihidangkan dengan Beef Sirloin with Black Pepper Sauce, Beef Ribeye with Mushroom Sauce dan sudah tentu penyeri makan malam kami yakni makanan laut segar daripada Crab Factory yang dimasak dengan beberapa pilihan sos iaitu Signature Southern Bang Sauce, Spicy Plum Sauce dan juga Garlic Butter Sauce.

Main course

Beef Sirloin with Black Pepper Sauce

Hafiz Rahim_Brolly Menara Felda
Masa untuk ber-seafood!

Crab Factory_Let's Get Cracking

Flower Crab Set Spicy Plum
Flower Crab Set Spicy Plum

Flower Crab Set

Blogger Kacak
Blogger Kacak – Geng Kuat Makan
Wild Blueberry Tea
Minuman penyejuk tekak kami – Wild Blueberry

Yummy!

Penutup kami pada malam itu, disudahi dengan berbalang-balang pencuci mulut. Yang mana jujur aku katakan, setiap satu daripadanya memang WAJIB korang cuba bila berkunjung ke sini.

Desserts_Tiramisu & Chunky Peanut Butter
Tiramisu & Chunky Peanut Butter
Wafflle
Wafflle – Cair di dalam mulut!

Serius! Semuanya sedap-sedap belaka. XD

Nota: Satu perkara yang korang perlu tahu sebagai pelanggan yang datang kesini ialah, ruang parkir kereta disediakan secara PERCUMA dari jam 6.00 petang keatas di Menara Naza (bersebelahan dengan Menara Felda).

Free Parking Brolly

Promosi Crab Factory @ Brolly

Dan ya!!.. Sebelum aku terlupa, ada satu berita yang ingin aku sampaikan kepada korang. Kepada penggemar-penggemar Crab Factory, dengan sukacitanya aku ingin memaklumkan terdapat dua promosi yang sedang berlangsung dalam bulan Febuari ini dan terdapat dua lagi promosi yang bakal dijalankan pada bulan depan, iaitu:

Febuari

  1. Monthly Crazy Bag February – 2 ekor Red Lobster dengan harga RM155 ( Harga hari biasa RM179)
  2. Monthly Meal For Two Seafood Lovers February – Spanner Crab dengan harga RM12 / 100 gram (Harga biasa RM17 / 100 gram) dan RM50 untuk setiap 500 gram Yabbies-M. *Percuma jagung, cendawan butang dan coleslaw

March

  1. Monthly Crazy Bag March – Spanner Crab dengan harga RM12 / 100 gram (Harga biasa RM17 / 100 gram)
  2. Monthly Meal For Two Seafood Lovers March – 500 gram Yabbies-M dan 300 fram New Zealand Musseld dengan harga RM88 sahaja (Harga biasa RM115). *Percuma jagung, cendawan butang dan coleslaw

Spanner Crab Factory

Yabbies & Mussles Promo Crab Factory

Jadi alang-alang dah minggu ini merupakan minggu gaji, jika ada sesiapa yang mengidam nak makan seafood sedap, silalah susun jadual masing-masing. Harga yang ditawarkan disini bagi aku sudah agak munasabah dengan hidangan yang dihidangkan, bersesuaian dengan menunya. Well.. Sekali sekala belanja diri sendiri, apa salahnya kan.

p.s: Untuk pertanyaan lanjut ataupun reservation, boleh hubungi pihak Brolly seperti info yang tertera di bawah. Sebarang komen, sila tinggalkan di kotak komen dibawah. TQ

Brolly
Ground Floor, Menara Felda, Platinum Park,
Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.
Waktu beroperasi: 11am-11pm
No. tel: +603 – 2181 4122
Facebook: Brolly | Instagram: @mybrolly
Website: www.my-brolly.com

10 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

CommentLuv badge