LuckyBid.Com.My – Web Lelongan Terbaru Idaman Kalbu

Saban hari harga barangan naik melambung bagai nak rak. Ramai yang akan terlepas peluang untuk membeli barangan-barangan yang diidam-idamkan. Bayangkan harga handphone sahaja boleh mencecah nilai 4 angka, agak tidak logik bagi gadget elektronik sekecil dompet itu ditawarkan dengan harga yang sebegitu mahal bukan. Tetapi itulah realitinya. Kalau hati dah berkenan, nak tak nak kena jugak menabung. Tapi sekarang, korang tak perlu lagi bersusah hati. Kini muncul satu lagi laman web lelongan yang membolehkan golongan shopaholic yang kurang berkemampuan (seperti Hafiz sendiri) untuk membeli belah barangan-barangan eksklusif. Hafiz perkenalkan LuckyBid.com.my

Dengan penggunaan sistem lelongan real bidding time yang hampir keseluruhannya berlainan dengan laman web lelongan lain. Harga barangan yang dilelong jauh lebih murah dan rasanya boleh juga dikatakan harganya memang tak masuk akal. Bayangkanlah iPad WiFi 16gB boleh dibeli dengan harga hanya RM51.15. Bil handphone tiap-tiap bulan pun sudah tentunya lebih mahal. Itulah Luckybid. Hanya berbekalkan strategi yang betul dan masa yang tepat, korang mampu untuk memiliki barangan idaman kalbu.

Tapi sebelum Hafiz menceritakan lebih lagi tentang web lelongan ini, perlu Hafiz nyatakan di sini. Sekiranya korang mempunyai persepsi negatif akibat pernah ditipu oleh web lelongan lain, korang boleh ketepikan dulu perasaan itu. Logik akalnya di LuckyBid, penyusunan strategi harus dibuat bagi membolehkan korang memenangi barangan yang dilelong.

 

Oleh itu dibawah ini Hafiz senaraikan beberapa kategori lelongan menarik yang ditawarkan. Dan untuk makluman korang, bidaan dipanggil “dart“.

  • Zero Auction – Setiap dart tidak akan meningkatkan harga lelongan, maksudnya barangan itu akan diberi PERCUMA kepada pembida yang menang. Kecuali kos penghantaran.
  • RM0.01 Auction – Setiap dart akan meningkatkan harga barangan lelongan sebanyak 1 sen.
  • RM0.05 Auction – Setiap dart akan meningkatkan harga barangan lelongan sebanyak 5 sen.
  • RM0.15 Auction – Setiap dart akan meningkatkan harga barangan lelongan sebanyak 5 sen. Bidaan termahal.
  • Beginner Auction – Dibuka kepada pembida baru. Maksudnya setiap pembida semestinya mempunyai peluang untuk memenangi sekurang-kurang satu barangan.
  • FREE Auction – Lelongan dibuka tanpa mengorbankan token yang dibeli. Oleh kerana tiada limit untuk pembida dart barang lelongan, pembida hanya boleh dart secara manual.
  • +60 Minutes Power Card – Sekiranya pembida meletakkan kad ini, tempoh lelongan akan ditingkatkan selama 60 minit. (berguna sekiranya anda ingin offline untuk menguruskan hal-hal mustahak)
  • Last 60 Seconds Power Card – Sekiranya pembida meletakkan kad ini, tempoh lelongan akan berkurang menjadi 60 saat. (bagus untuk counter attack pembida yang leka)
  • Blind Power Card – Sekiranya pembida meletakkan kad ini, nilai dan masa lelongan akan menjadi disorokkan. Pembida lain tidak dapat melihat apa-apa untuk tempoh 1 minit. (Cetuskan suasana panik dan merupakan taktik mudah untuk biarkan pembida lain menghabiskan token mereka)
  • Auto Dart Auction – Autobot yang boleh di set untuk meletakkan dart di dalam lelongan 10 saat terakhir. (Play safe bagi pembida beginner)

Bestkan? Yang paling best adalah 4 kategori terakhir yang Hafiz boldkan di atas, dari situ korang boleh susun strategi untuk menyerang hendap pembida-pembida lain.

Bukan itu sahaja, bagi meningkatkan kepercayaan pengguna untuk menjadi pembida di laman web luckybid ini, Legendary Infinity Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang menyokong pembinaan laman web ini  telah menyediakan direktori dan database terkawal melalui teknologi SSL (Secure Sockets Layered). Setiap pekerja atau orang dalaman juga TIDAK DIBENARKAN berdaftar bagi meningkatkan lagi peluang kemenangan ahli berdaftar. Dan yang paling penting barangan yang dilelong adalah 100% barangan baru dari pihak vendor, disertakan juga jaminan dan sekiranya terdapat sebarang keraguan, pegawai khidmat pelanggan mereka bersedia untuk menjawab persoalan anda bila-bila masa sahaja anda perlukan.

LEGENDARY INFINITY SDN BHD

D4-U3A-2, Solaris Dutamas , NO 1 , Jalan Dutamas 1,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-62055266     Fax: 03-62055666

URL: www.LuckyBid.com.my

FB: fb.com/LuckyBid.com.my

Tak dilupakan juga, di bawah ni Hafiz sertakan sekali screenshot yang sempat di ambil semasa proses lelongan berlaku dan juga selepas Hafiz menang bidaan. 

Antara barangan lelongan yang dilelong

Barang lelongan di kunci sebaik sahaja bidaan tamat

Email notification kepada pemenang untuk proses pembayaran

Invoice setelah bayaran dan penghantaran dibuat

Fuh..Berdebar tau masa nak letak dart tu. Kita dart, orang lain dart jugak. Siapa cepat dia dapat. Bila dah menang, perasaan seronok tu memang tak dapat digambarkan. Nak je jerit depan PC. Macam tak pernah hadiah. Hahaha. Untuk pengetahuan korang, Flash Drive yang Hafiz bida itu biasanya dijual dengan RM90 lebih, tetapi Hafiz berjaya beli dengan harga RM12.15. Lebih kurang 90% diskaun dari harga asal. Berbaloi-baloi. Hehehe.

Bawah: Gambar sebenar produk yang dah selamat sampai ke tangan Hafiz. =)

Akhir kata..Dari sudut pandangan Hafiz, sistem yang digunakan memang menarik. Tak ubah seperti kita tengah main game strategi. Cuma bezanya kita akan dapat beli hadiah dengan murah sekiranya kita menang. Ok la tu kan, hadiah macam-macam ada. Tinggal nak pilih je. So, apa korang tunggu lagi. Sementara peluang untuk menang masih tinggi, apa kata korang daftar. Setiap pendaftaran akan menerima 8 token PERCUMA. Manalah tahu rezeki korang dapat jugak dart iPhone harga murah. Tuah ayam nampak di kaki,Tuah manusia siapa yang tahu. Untuk pendaftaran sila klik SINI.

Comments

  1. Menang apa tue ek…

    Macam menarik, nak cuba nasib juga :)
    Bro Framestone recently posted..Anderson Roar Muncul Juara Kejohanan Jemputan Ragbi 10`S Anderson Roar (ARRC) 2012My Profile

  2. Arrr…cantiklah. Website baru mesti tak ramai lagi yang tau kan. So chance nak menang tu tinggilah sikit.

    Thanks bro untuk info ni.
    wmhafiz recently posted..Jadual Pameran PC Expo 2012My Profile

  3. wah!! ini betul2 menarik ni!!!
    boni kacak recently posted..Berkongsi Satu Pentas Dengan Zamani SlamMy Profile

  4. kalau kita dah menang tapi tak nak beli macam mana??
    Dkna Abza recently posted..Belajar Kecek KelateMy Profile

  5. kan baik kalau tak ada masa tambahan 20s tu haha
    lewisdotmy recently posted..HTC Window Phone 8S DiperkenalkanMy Profile

  6. kalau dapat iPad dengan harga RM51.15 tu memang lucky la kan bro, hehe info menarik untuk dibaca ni
    donnyien recently posted..Target BloggingMy Profile

  7. aku dah try free bid tadi, saja nak test… nak cuba nasib mana tau dapat hp ;)
    donnyien recently posted..Target BloggingMy Profile

  8. kalau samsung galaxy note ada, nak jugak bid..ehehehe…
    Melastik Bintang recently posted..Tips Mengurangkan Masa Page Loading Blog AndaMy Profile

  9. menarik juga luckybid ni, ipad pun ada gak
    donnyien recently posted..DiGi tawar SIM nano percuma mulai 26 SeptemberMy Profile

  10. Menarik, baru tau website ni.
    Btw, setiap kali nak bid tu kena beli token ke? Atau boleh bid free je macam ebay
    Affan recently posted..Kenapa Saya Tulis Blog?My Profile

  11. adoi. macam best. tapi masih kurang jelas dgn dart tu semua. nanti kena cuba la.
    Khidhir recently posted..Cara Menambah Kelajuan PCMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge