Lahirnya Baby H Ke Dunia

Alhamdulillah. Lahir zuriat ketiga dalam keluarga kecil aku. Perancangan sebaik-baiknya daripada Dia Yang Maha Esa.

Jam 2 pagi isteri kejutkan aku dari tidur kerana air ketuban mula pecah, jam 5 pagi kami memasuki dewan bersalin di HUKM..

Tepat jam 9.07 pagi.. baby H selamat dilahirkan kedunia.

Alhamdulillah syukur. Sebesar-besar pujian bagiMu tuhan sekalian alam.

Kalau tahun lepas pada tarikh yang penuh sejarah ini, 14/3/2016 baby Hana meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tapi tanggal 13/3/2017.. Kami dikurniakan baby H sebagai ganti.

Walaupun lahirnya ke dunia ini agak awal dari tempoh yang dijangkakan, namun diucapkan syukur Alhamdulilah sekali lagi kerana baby H dilahirkan cukup sifat tubuh badannya.

Amin.. Amin.. Amin ya rabbal alamin.


6 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini