Konichiwa Cafe Untuk Penggemar Makanan Jepun Halal

Yes.. Merasa jugak aku makan makanan Jepun yang sedap. Tak payah beli tiket kapal terbang mahal-mahal, cuma perlu ke restoran yang jauhnya hanya beberapa kilometer saja dari rumah.

Restoran yang dimaksudkan adalah Konichiwa Cafe, iaitu sebuah cafe yang baru saja dibuka beberapa minggu lalu oleh anak melayu kita.

Dari segi konsep yang diketengahkan, Konichiwa Cafe ini agak unik kerana menggabungkan 3 elemen masakan iaitu masakan Jepun, western dan melayu.

Namun disebalik gabungan 3 elemen masakan ini, aku difahamkan oleh pemilik cafe bahawa fokus utama perniagaannya ini masih tertumpu kepada masakan Jepun.. Which is why at first place it was called as Konichiwa cafe kan (Konichiwa – dalam bahasa melayunya Hai/Selamat Datang).

Dari jauh, kelihatan luaran cafe ni seperti cafe-cafe biasa saja. Terletak di tengah-tengah lot kedai berdekatan dengan Taman Tasik Cempaka Bangi, membuatkan aku pada awalnya tertanya-tanya..

Eh.. Kedai baru ni.. sedap ke tak eh??

Yela.. Sebab kat Bangi ini kalau ikutkan tak banyak pun cafe atau restoran makanan Jepun, boleh dikira dengan jari. Kalau ada pun, yang berdekatan dengan Az-Zahrah Medical Centre. Tapi, itu pun aku nampak sambutannya suam-suam kuku je.

Maka, dengan rasa ingin cuba yang menggunung, terus aku roger rakan-rakan blogger yang berdekatan untuk sesi terjahan food review di Konichiwa Cafe. Nak makan sorang-sorang, tak best.. Kang dikecam forever alone.

Ajak wife pula sekadar jadi peneman, sebab dia jenis tekak melayu. Menu selain nasi, dia agak kureng. Hehehe.

Jadi, sejurus melangkah masuk kedalam Konichiwa Cafe pada hari kejadian.. Haa tu dia, kitorang disambut dengan suasana kontemporari Jepun.

Dengan udara sejuk yang didinginkan oleh penyaman udara, dan juga susunan meja yang teratur.. Kiranya, first impression aku masuk kesini, ia sememangnya memberikan satu suasana yang cukup menyelesakan.

Melabuhkan punggung di sofa yang empuk bersama dengan pemandangan ruang dalaman yang simple dan santai, disertakan juga susunan rekaan dalaman ala-ala japanese style dan hiasan pedang-pedang samurai, menyerlahkan lagi suasana “Jepun” itu sendiri.

Menu makanan Jepun yang halal

Menikmati makanan jepun dimana-mana saja tak sah sekiranya tak dihidangkan sushi.

Dengan hidangan pelbagai jenis sushi yang dibuat dengan resepi tersendiri oleh Chef Ahmad Jefri (seorang pakar masakan Jepun yang telah lama berkhidmat di hotel-hotel ternama antarabangsa), dilengkapi juga dengan wasabe (ada yang kurang pedas, dan ada yang super pedas).. kiranya menu ini merupakan menu pembuka selera yang wajib korang cuba jika berkunjung ke Konichiwa Cafe.

Chef Ahmad Jefri in action

Dah pandai belajar makan pakai chopstick

Selain daripada sushi, Cheezy Tori Karagae juga antara menu yang wajib dicuba, maksud bagi nama menu ini iaitu ayam goreng keju. Serius.. Ini antara menu yang paling aku suka.

Digoreng dengan resepi rahsia dan diletakkan cheese diatasnya. Crunchy, cheezy dan juicy. Peh.. Tangkap leleh.

Kemudian, Okonomiyaki. Kalau dalam bahasa yang senang difahami, ianya boleh diterjemahkan sebagai japanese seafood pizza.

Rasanya lebih kurang macam Takoyaki, dan yang paling best.. bila dimakan, korang boleh rasa ianya cair dimulut disamping ada ketulan-ketulan sotong yang dipotong kecil dan kenyal memenuhi mulut.

Mengisi lagi kekosongan ruang didalam perut kitorang..

Chicken Teppanyaki
Tokyo drift
Bento set
Mee Udon

Mee Udon ni la yang Shehan cakap sedap gila. Dia juga antara yang buat kelakar.. siap request kicap manis untuk mix dengan soyu dan wasabi untuk cicah sushi (jangan tanya kenapa.. tekak melayu.. Hahaha).

Western food, dan makanan melayu juga tak dikecualikan.

Ini namanya chicken grilled kot. Sori.. Lupa dah nama betulnya. Tapi serius sedap. Ayam lembut, sos-nya pun sedap hingga menjilat sudu.

Mee Udang Serai. Serainya yang bentuk drummet tu.
Mee kari bonda
Float dan Banana Chocolate
Lupa nama kopi apa. Kopi goyang kot. Hehehe

Dan juga..

Nasi goreng Konichiwa

Yang merupakan specialty diorang. Nak tahu sedap ke tak, korang pergi cuba sendiri la. Kalau tanya aku, semua sedap. Hahaha.

Pendek kata, kenyang perut kami petang itu. Selain puas hati dengan menu-menu yang ditawarkan, boleh juga kami rileks santai sambil borak pasal blog di cafe tersebut.

Dan untuk makluman korang, waktu cafe ini beroperasi adalah seperti berikut:

  • Isnin: Tutup
  • Selasa – Khamis: dibuka dari jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam
  • Jumaat:  dibuka dari jam 2.00 petang (selepas solat Jumaat) hingga 11.00 malam
  • Dan, Sabtu – Ahad: dibuka dari jam 12.00 tengahari hingga 11.00 malam

Well.. Siapa sangka aku yang bukan die hard fan makanan Jepun pun dah mula jatuh cinta dengan cafe ini. Harga nak kata mahal, tak juga.. biasa-biasa je.

Dan yang paling penting, HALAL. Tiada alkohol dan kesemua bahan yang digunakan mendapat kelulusan halal JAKIM. So, boleh makan tanpa was-was.

Facebook: Konichiwa-Cafe
Instagram: Konichiwacafe

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

11 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mudahnya Daftar Anak Masuk Sekolah Darjah 1

Selesai Sudah Baiki Atap Rumah Bocor