Saya dilahirkan pada tahun 1985 sebagai anak kedua daripada 3 adik beradik. Merupakan anak kelahiran Terengganu dan sekarang menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor. Nama sebenar adalah Abdul Hafiz Rafiuddin, tetapi menggunakan nama pena blog sebagai Hafiz Rahim yang membawa maksud kepada gabungan nama sendiri dan nama ayah. Alhamdulillah, telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mempunyai seorang cahaya mata.

Disebabkan ayah merupakan seorang bekas guru, saya pernah mendapat pendidikan awal dibeberapa buah sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Zaman persekolahan ditamatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan yang kemudiannya membawa saya untuk melanjutkan pengajian di dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Malaysia France Institute, Bangi.

Mula berjinak dengan komputer seawal tahun 2001 iaitu semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan St.George, Taiping dan mendapat pendedahan awal tentang dunia internet melalui laman chat mIRC. Kemudiannya terjebak dalam pembangunan laman web atau blog menggunakan GeoCities, Tripod Lycos dan juga Blogspot.

Hafiz Rahim

Pada tahun 2011, saya telah membeli domain sendiri yang pertama iaitu HafizRahim.com dan telah menggunakannya diblog berplatformkan Blogspot. Tetapi setelah mula mempelajari dan mengetahui tentang selok belok menggunakan WordPress (pembelajaran melalui Youtube dan juga eBook yang telah dibeli), domain itu telah dipindahkan sepenuhnya kepada blog baru yang berplatformkan WordPress.

Sepanjang tempoh berblogging secara serius, blog HafizRahim.com telah mendapat pengiktirafan sebagai Top 50 Blogger of the year 2013 DiGi WWWOW Award dan juga MSMW Favourite Micro Blog 2013.

Bagi yang berminat untuk bekerjasama ataupun mendapatkan khidmat saya dalam mengeluarkan advertorial dan ulasan produk, boleh menghubungi saya di hafizmdrahim@gmail.com ataupun admin@hafizrahim.com.

30 Comments

Leave a Reply
    • Semua orang bermula dari kosong..kuatkan semangat, mantapkan penulisan, bina identiti sendiri..tak mustahil nanti akan ada ramai orang yang jadi follower awak.

  1. salam perkenalan dari saya.. boleh panggil datin.. saya gelarkan dri saya pada rakan blogger DT(Datin Tyka).. panggik tyka pun bole.. tak kisah memane.. 🙂

  2. Assalam tuan hafiz..dijemput utk datang ke kedai makan saya di seksyen 9, bangi utk review (bersebelahan dgn hot char keuy teow). Nama restoren Port. 10% diskaun for total bill 😉
    Boleh hubungi saya 017-7007712

  3. Terima Kasih atas Share`nya, Artikelnya Menarik, sangat membantu saya sebagai Bloger Pemula, jangan lupa mampir ke website kami ya . . . !!!

  4. Assalam Hafiz.
    Sekolah St George, Taiping : Akak dulu sekolah rendah kat Treacher Methodist Girls’ School…tahun 1983 darjah 6.. Hafiz pun belum lahir masa tu 🙂 Taiping is my hometown. Arwah bapa pun Cikgu.

    Btw, interesting blog you have here, banyak akak nak belajar dengan Hafiz ni… :D.
    Glad I found your blog.. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *