Keluar Duit Dari Akaun 2 Bayar Rumah

Alang-alang cuti semalam, lepas bawa Khair pergi klinik aku terus ajak isteri untuk ke pejabat KWSP Jalan Reko, Kajang.

Sebelum ini pun memang aku dah berniat kesana untuk membuat pengeluaran akaun 2 bagi mengurangkan baki pinjaman perumahan secara bulanan.

Contoh Format Penyata Baki Pinjaman Bagi Pengeluaran Mengurang atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Dan alhamdulillah, semalam semuanya berjalan dengan lancar. Bila buat kira-kira depan pegawai KWSP yang bertugas, aku dan isteri boleh combine kedua-dua akaun 2 kami untuk mengurangkan baki pinjaman selama 7 bulan. Total dalam RM11K+.

Okay lah tu, perbelanjaan untuk 7 bulan akan datang dah boleh fokuskan pada benda yang lain. Buat saving sikit then bayar apa yang patut.

Info: Untuk membuat pengeluaran akaun 2 bagi mengurangkan pinjaman perumahan secara bulanan, apa yang diperlukan hanyalah:

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9P (AHL)
  2. Kad Pengenalan Diri
  3. Penyata Akaun Simpanan
  4. Penyata Baki Pinjaman dari Bank yang meluluskan pinjaman (Contoh format yang perlu diberikan kepada pihak bank)

Isi borang dengan butiran yang diperlukan, kemudian submit sahaja. Selesai. Tempoh untuk permohonan diluluskan dijangka mengambil masa seminggu (paling cepat).

Complain: Pegawai KWSP yang berurusan dengan aku ketika itu langsung tidak mesra pelanggan. Setiap persoalan yang ditanya dijawab dengan nada yang sombong dan berlagak seolah-olah aku dan isteri macam pengemis nak minta sedekah. Tak boleh ke senyum, jawab apa yang disoal itu elok-elok? Kitorang nak keluarkan duit sendiri, bukan nak ambil duit orang lain.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

25 Comments

Leave a Reply
  1. Lepas2ni dah tak perlu hantar borang dah bro…bawa statement je, terus ble proses di kwsp…Saya dah 3-4 kali buat pengeluaran camni..Alhamdulillah, lebihan inila digunakan untuk modal rumah ke-3…

    • Kalau tak silap kakitangan gomen yang dah ada skim pencen takkan ada lagi akaun KWSP. Melainkan akaun KWSP terdahulu sebelum terima skim pencen itu masih wujud baru akaun 2 masih ada. 🙂

  2. thanks bro…aku belum lagi merancang..tp nampaknya…ini pilihan yg bagus juga utk financial planning utk tahun ni…

    timakasih byk2 bro berkongsi info..nice!

  3. Kadang² kita nak keluarkan duit EPF tu macam mintak sedekah lak padahal duit kita sendiri…

    Gua pun tak faham…

    Dah la EPF larut dekat tempat yang tak syariah compliance. Haru betul…

    Apapun, dengan RM11K tu… Boleh la open table untuk #TeamWork 🙂

  4. perkongsian terbaik! cuma nak tanya sikit bro duit tuh dia auto terus masuk ke akaun pinjaman perumahan atau masuk dalam akaun simpanan kita dahulu..terima kasih.

  5. Bro Hafiz. Tanya sikit…

    yg bro cakap keperluan nak kena bawak tu…”PENYATA AKAUN SIMPANAN”

    ni penyata akaun bank utk epf tranfer duti tu nanti ke?

    tq bro

    • A’a.. akaun yang epf nak masukkan duit nanti. Tapi baru-baru ni pergi untuk pengeluaran kedua, dah tak perlu bawak. Dia trace rekod sebelum ni. Cakap je nak guna akaun bank yang sama.

  6. Salam bro hafiz,
    Kalau wife keje gomen n rumah tu dibeli dgn mgunakan pinjaman krajaan, boleh x sy kluarkan duit dri acc 2 sy utk tujuan di atas? Nama sy dn isteri ada dlm s&p. Mohon pencerahan

  7. salam tuan,

    Nak tanya jika penah mengeluarkan akaun 2 utk rumah pertama, kalo nak kurangkan beban byrn loan rumah kedua, amaun yang layak tu akan masuk sikit sikit ikut bulan atau dpt terus lump sum? Tq in advance.

  8. salam bro….nak tanya yg duit dlm akaun 2 tu akan d masukkan dlm saving accaunt kita ka…tp akan di beri semua ke atau mcm mana…maksud saya jika ada rm10k sekalai bagi kita atau setiap bln mengikut instalment rumah…mohon pencerahan….trima kasih

  9. Assalamualaikum..
    Just nak tanya pendapat… rumah kami tu beli atas joint name.. tetapi hanya suami saya saja yg buat pengeluaran bulanan akaun 2 kwsp tu.. dan tempoh dua tahun.. buat masa sekarang kami masih lagi terima bulan2 dr kwsp.. dan masih berbaki lagi 7 bulan utk tamat.. persoalannya sekarang… kalau saya pun mohon untuk buat pengeluaran bulanan tu sekarang.. adakah kwsp akan check balik record yang dh dikeluarkan dari akaun suami saya tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *