Jam ADIDAS Adizero Untuk Yang Aktif Bersukan

Tambah sebuah lagi jam tangan dalam koleksi peribadi aku.. Jam Adidas Adizero. Warna biru muda, reka bentuk sporty, dan fully digital.

Kalau ikutkan design, jam ini sesuai bagi mereka yang gemar bersukan. Untuk aktiviti lasak, personally not recommended. Sebab skrin yang digunakan hanyalah skrin plastik dan mudah tercalar jika terkena benda keras.

Actually, jam ini aku dapat semalam. Diberikan pada aku sebagai hadiah.

Hadiah apa?

Hadiah untuk contest #goosieselfie tempoh hari. Alhamdulillah.. Rezeki terpijak. Orang memberi, kita menerima. Kalau ikutkan, tak bajet boleh menang pun sebab join hari tu pun sekadar suka-suka je. Mungkin rezeki baby. Hee.

By the way, kalau bercerita pasal jam Adidas ini.. ada beberapa point yang boleh di highlight-kan.

First, dari segi build quality, jam Adidas ini memang tampak kemas. Bilamana memakainya, rasa solid tetapi ringan di tangan. Rubber strap yang di attached-kan pada casing jam pula, tak terlalu keras dan menyelesakan pemakai.

Dari segi fungsi dalaman, selain fungsi real time terdapat 3 fungsi digital lain yang boleh dipilih, iaitu chronograph mode, timer mode dan juga alarm.

Setiap kali butang mode pilihan ditekan, ia akan disertakan bunyi “beep” yang kasar dan kuat – Pendek kata bunyi ini adalah diantara cara termudah untuk kita differentiate between jam Adidas ori dengan jam Adidas cap ayam yang banyak dijual dekat pasar malam ataupun Petaling Street.

*Jam cap ayam, selalunya bunyi entah apa-apa dan perlahan. Hanya mengharapkan rupa luaran yang seakan-akan ori.

Kemudian, additional feature.. Feature ini merupakan antara perkara utama yang sering aku titik beratkan sekiranya ingin membeli jam baru.. Iaitu water resistant.

Jika merujuk kepada info yang tertera di belakang casing jam, jelas menunjukkan bahawa jam Adidas Adizero ini adalah water resistant 5 ATM.

Untuk memudahkan pemahaman, senang kata ia adalah jam kalis air dan boleh diklasifikasikan sebagai jam yang mampu dibawa menyelam ke dalam air sedalam 50m.

Nota: Kegunaan jam water resistant penting dalam hidup aku kerana aku adalah individu yang agak malas untuk tanggalkan jam sekiranya membasahkan tangan ataupun ketika mandi. Jadi dengan adanya fungsi ini, ia sedikit sebanyak membantu aku dalam menyelamatkan jam tersebut daripada dimasuki air.

p.s: Jam tak rosak = selamat duit. Hehehe.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. Mandi pun pakai jam? Ok gurau.. haha..

    Memang cantik jam ni.. memang sesuai dengan orang yang aktif bersukan..

    Yang jarang bersukan pun kalau nampak jam ni, mungkin berminat nak pakai sebab lawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *