in

iPhone 5 Gadget Impian


Walaupun bagi pengguna Android tegar seperti Hafiz sendiri, bila disebut sahaja iPhone 5 akan diberikan secara percuma. Hati mana yang tak tenteram. Yelah, ada orang nak bagi gadget percuma harga ribu-ribu..siapa yang tak nak kan?

Untuk pembaca yang masih blur-blur mengenai iPhone 5 percuma ini, ia sebenarnya adalah cetusan idea blogger DenaiHati yang menganjurkan satu contest dimana hadiah utamanya merupakan sebuah iPhone 5.

Wow..jangan tak percaya. Ini bukan cobaaaann. Kalau tak percaya boleh refer entri asal contest: Contest DenaiHati – iPhone 5 gadget impian

Tak dilupakan juga entri lain blog DenaiHati yang boleh dijadikan sumber rujukan:

  • iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong Kong vs USA
  • iPhone 5 Pertama Malaysia
  • iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test
  • iPhone 5 Gambar dan Video
  • iPhone 5 dilancarkan
  • iPhone 5 Countdown

Menarik? Apa yang boleh dikatakan, ia semestinya contest yang tidak begitu sukar untuk sesiapa sahaja turut serta. Bagi yang kurang berkemampuan untuk melabur duit membeli gadget-gadget mahal seperti Hafiz sendiri, inilah masanya untuk mencuba nasib. Belum cuba, belum tahu. Bak kata orang “Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu“.

Kenapa Saya Minat iPhone 5?

Secara jujurnya jauh didalam lubuk hati Hafiz, alasan konkrit yang membuatkan Hafiz tertarik dan minat akan iPhone 5 ini adalah kerana nilai ke-eksklusifan-nya.

  • Walaupun gadget ini mendapat tentangan hebat daripada smartphone yang seangkatan, lebih-lebih lagi Samsung Galaxy S3..ternyata ia lebih diminati ramai dan berjaya mencuri perhatian orang lain.
  • Reka bentuk yang disampaikan tampak lebih kemas dan solid, sesuai dengan trend masa kini.
  • Pelbagai fungsi, antaranya kamera boleh digunakan bersama lense kamera DSLR dengan hanya menggunakan lense adaptor. Output dari aksesori ini menjadikan gambar yang dihasilkan lebih menarik.
  • Ditambah pula harga nya yang lebih stabil. Jarang sekali kita dengar harga smartphone ini jatuh harganya selepas beberapa bulan di pasaran.

iPhone 5 Gadget Impian – Update

Kini masanya telah tiba. Perjuangan yang perlu diteruskan. Perjuangan yang memerlukan kekuatan dari segi mental. Perjuangan yang dimaksudkan bukanlah perjuangan di Gaza, Palestin. Tetapi perjuangan bagi diri sendiri didalam contest anjuran blog Denaihati.

Seperti yang telah diwar-warkan dalam kebanyakan blog, contest yang diberi nama iPhone 5 gadget impian ini telah memasuki fasa kedua dimana ia menunjukkan telah bermulanya perang sengit di antara blogger-blogger tersenarai untuk merebut hadiah terulung.

Bagi Hafiz selaku peserta yang turut tersenarai dalam 85 blogger-blogger samseng bertuah, kitorang perlu melaksanakan beberapa tugasan yang ditetapkan iaitu:

  1. mengumpulkan seberapa banyak klik g+1
  2. menempatkan blog didalam Top 10 Google search result
  3. meraih undi daripada pembaca
  4. penilaian blog oleh top blogger (sekiranya tersenarai didalam Top 10)

Melihat tugasan yang diberikan oleh penganjur tanpa perlu melalui apa-apa proses saringan, sudah pastinya akan menghangatkan lagi jalan cerita contest ini. Pelbagai idea bakal dikeluarkan demi mencapai matlamat masing-masing. Tak terkecuali bagi blog HafizRahim.Com sendiri. I’ll try my best. Berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Chayok.

Alang-alang menyeluk perkasam korang membaca entri ini, Hafiz ingin meminta jasa baik korang semua untuk menekan button g+1 yang disediakan di bawah. Mudahan-mudahan dengan pertolongan korang yang hensem, cool, macho, lawa dan comel membolehkan Hafiz memenangi hadiah yang yang diidam-idamkan. Klik tau..Jangan tak klik.

Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Azri.my, Serverfreak.com dan Denai.my.

 


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

118 Comments

Leave a Reply
  1. Last model sy guna iPhone 3GS. Lepas berkenalan ngan Bada, then Android terus ketepikan iOS. Semuanya sebab saiz skrin. 🙂

    BTW, good luck bro!

  2. Jutaan terima kasih diucapkan kerana menyertai “iPhone 5 gadget impian” dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini dari masa kesemasa.

  3. Gadget impian pilihan hati,
    Menjadi idaman setiap rakan Denaihati,
    iphone 5 tiada siapa tak minati,
    Kalau menang itu adalah rezeki drpd Ilahi.

  4. Nak jugak guna iphone5 nie..tapi satu jer saya akan buat lepas beli(kalau ada duit lebih)..nak ‘jail break’ kasi bebas ckit nak dwload mcm2…hii.hii

  5. Sudah G+ yang ke 25

    Nak mintak tolong semua dan reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian

    1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian

    2. Klik butang G+ (Google Plus)

    3. Jangan lupa follow blog Mummy!

    Mintak sangat jasa baik korang.

    Thanks

  6. Good luck atau semoga berjaya. saya sekadr peminat setia galaxy note 2… tapi kalau ada contest nak dapat iphone 5 percuma why not.

  7. salam ziarah. good luck. satu klik G+1 daripada saya. kalau tak keberatan silalah klik G+1 entri blog saya pula ye. kalau dah, terima kasih diucapkan 🙂

  8. pergghhh…memang la tip top i-phone ni..mana² model dia pun meletop..tapi aku tetap setia dgn samsung..semoga berjaya bro..

  9. saya amat meminati iPhone 5 terutama latar belakangnya yang berwarna biru tu. Overall tak banyak beza dengan iPhone 4S yang saya pakai sekarang ni. Cuma beza dari keupayaan cip pemproses, versi iOS, ada Apple Maps, skrin setinggi 4 inci, jumlah memori dalaman dan palam pengecas. iPhone 4S pakai palam 30-pin tapi iPhone 5 pakai Lightning port yang kecil saja bentuknya. Walaupun minat iPhone 5 saya masih tak bertukar sebab tak banyak beza dengan iPhone 4S. iPhone 5 versi upgrade saja sebenarnya.

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *