in ,

Hantar Khair Belajar Taekwondo


Sejak dari pra sekolah lagi Khair dah masuk kelas taekwondo. Basic step dia dah belajar, first grading untuk naik ke yellow belt pun dah ambik tahun lepas.

Maka disebabkan dua faktor ni, tahun ni aku decide untuk suruh dia sambung belajar lagi taekwondo tapi dekat sekolah dia pulak. Memandangkan pun silbus pembelajaran untuk taekwondo kat sekolah dia pun tak ada beza kerana masih dalam federation yang sama, iaitu WTF (cuma kena tunjuk bukti sijil dah lulus grading, dan proceed), jadi ianya jadi mudah.

Melainkan kalau dari ITF nak ke WTF, atau dari WTF nak ke ITF – yang itu lain cerita, sebab kena start dari awal balik kerana silibus dia lain-lain.

Kelas taekwondo di hari minggu

Compare dengan kelas-kelas taekwondo luar yang aku pernah survey, kebanyakkannya buat malam weekdays atau hari sabtu. Tapi berbeza dengan kelas taekwondo sekolah Khair, kelas diadakan pada hari ahad. Mula-mula rasa macam tak berapa best jugak sebab dah kacau weekend.

Tapi.. so far bila dah attend kelas Taekwondo kat sekolah rendah ni dua minggu berturut-turut, rasa kitorang dah boleh sesuaikan diri kot. Lagipun tak adalah kitorang bazir duit banyak sangat pergi jalan-jalan window shopping tak tentu arah sebab boring duduk kat rumah. Hohoho.

Khair pun tak ada complain apa-apa. Malah bila ditanya sama ada dia suka atau tak belajar taekwondo kat sekolah, dia jawab suka sangat. Katanya Sir kat sini tak garang macam sir yang ajar dia masa taska. Hahaha.

Kelebihan belajar taekwondo

By the way, bila berkongsi cerita pasal Khair belajar taekwondo ni.. mungkin ada yang berpendapat tak rasa bersalah ke kacau weekend anak-anak? Entah cukup rehat ke tidak.

Well.. sejujurnya bagi aku, aku ada cara aku yang tersendiri untuk ajar anak-anak aku. Taekwondo, aku suruh Khair masuk belajar bukan hanya untuk disiplin. Tapi, untuk self defense.

Ye la, dunia sekarang ramai orang gila weh. Nak pergi sana tak tenteram, nak pergi sini tak tenteram. Belum lagi kes buli-membuli kat sekolah. Jadi dengan sedikit ilmu didada, walaupun aku tau kuat mana sangat lah kederat dia nak melawan semua benda tu.. at least, dia ada basic untuk jaga diri dia.

Tak kurang juga, belajar taekwondo untuk jaga kesihatan dia juga dengan keluarkan peluh. Daripada duduk kat rumah, main game.. layan Youtube – ini semua ada had masa. Tak boleh terlalu diberi kebebasan. Nanti memudaratkan walaupun aku sendiri kadang-kadang nak dia jadi pembantu dalam video-video Youtube aku. Hahaha.

p.s: Januari banyak fokus kepada kelas taekwondo sahaja. Tapi mulai next month dah kena standby untuk masuk kelas renang pulak. Kelas renang ni bukan lagi relate pada isu self defense, tapi survival skill in case berlaku kejadian yang tak diingini. Aku tak nak dia jadi macam aku, tak reti berenang! Hohoho


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *