Untuk pengguna Android, tak pernah ke korang rasa bosan dengan default setting “smartphone” korang tu. Seriously bagi Hafiz, tempoh 1 bulan menggunakan default setting bagi Android memang tak berapa nak syok. I need more. Tak pedulilah dengan Warranty tu sume, Hafiz selamba je “root” Froyo 2.2 ni.
Sesiapa yang nak ikut jejak langkah Hafiz meng”root”kan Froyo 2.2, boleh ikut step kat bawah.
REMINDER: Untuk Froyo 2.2 SAHAJA. Kalo model lain nak try boleh je, tapi jadi ke tak wallahuallam.
First, download file ni – Update.zip
- Untuk start, download file Update.zip yang Hafiz bagi tadi dan copy masuk file tu ke dalam SD card korang.
- Offkan handphone
- Boot dalam recovery mode (Tekan button tengah dan button ON serentak sampai handphone korang ON)
- Bila dah ada dalam recovery mode, select “Update from SD card” dan pilih file Update.zip tadi.
- Tunggu file tersebut habis running.
- Bila dah siap, “Reboot system“.
Done.
Masa Hafiz buat rooting, proses ambil masa tak sampai 2 minit pun. Dah “rooted”, macam-macam boleh install. Yeahh.


Latest Comment