Ya.. LEGO Star Wars Miniland. Sebuah tempat tertutup di Legoland Malaysia yang menempatkan ribuan model LEGO siri Star Wars.
Bermula daripada siri yang pertama sehinggalah siri yang terakhir, kesemua model-model dipamerkan kepada umum didalam satu bangunan khas yang dibahagikan kepada 7 seksyen.
- Episod 1: The Phantom Menace – Naboo
- Episod 2: Attack of the Clones – Geonosis
- Episod 3: Revenge of the Sith – Kashyyyk and Mustafar
- Episod 4: A new Hope – Tatooine
- Episod 5: The Empire Strikes Back – Hoth
- Episod 6: Return of the Jedi – Endor
- Star Wars: The Clone Wars – Christophsis
Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan apabila kami sebagai pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana susunan-susunan model ini yang tampak kelihatan seperti didalam dunia mereka yang sebenar, lebih-lebih lagi apabila menyaksikan pesawat Millenium Falcon yang “diterbangkan” bersama-sama sound-effect yang mendebarkan.
Mantap! Mengujakan!
Sedikit fakta tentang LEGO Star Wars Miniland yang masih belum diketahui umum:
- LEGO Star Wars Miniland ini mengambil masa kira-kira 8,000 jam untuk disiapkan dan ianya mempunyai lebih daripada 1.5 million bricks LEGO yang dipasang membentuk lebih daripada 1,120 model.
- Model kenderaan terbesar yang dibina disini ialah Clone Turbo Tank. Ianya diperbuat daripada 10,180 bricks, memiliki berat mencecah 44kg dan mengambil masa selama 350 jam untuk siap dibina.
- Proses mereka bentuk dan memasang pesawat Millenium Falcon mengambil masa kira-kira 143 jam dan ianya merupakan model LEGO yang paling sukar untuk disiapkan. Diperbuat daripada 15,000 LEGO bricks, berat model ini mencecah 37kg, berukuran 1.8m panjang dan 1.3m lebar.
- Model terbesar LEGO Star Wars ialah bangunan kristal yang mempunyai ketinggian 2.5m dan berat yang mencapai hampir 120kg. 45,000 LEGO bricks diperlukan untuk menyiapkan model ini.
- dan yang terakhir, ialah model LEGO terkecil iaitu Yoda. Yang hanya disiapkan hanya dengan menggunakan 30 LEGO bricks sahaja.
Amacam? Menarik tak?
Dah tentulah menarik kan. Rasanya kalau aku yang bukan peminat tegar Star Wars ini pun boleh tangkap cintan dengan model-model Star Wars ini, apatah lagi peminat-peminat fanatiknya. Mesti ada yang tak nak keluar dari tempat ini. Hehehe.
p/s: Sebulan beli satu set, cukup beberapa tahun korang dah boleh buat bilik pameran macam ni juga. Ececeh.
Sponsor Ads – Promosi hotel Legoland dengan harga yang berpatutan, rujuk Agoda.com untuk butiran lanjut.
Semasa saya pergi ke Legoland pada bulan Ogos tahun lepas, Legoland Star Wars Miniland ni belum ada lagi… Masa tu masih dalam pembinaan… Sekarang ni dah siap.. Kalau anak-anak saya tahu, tentu mereka tak sabar nak pergi ke Legoland… Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
nnt dh siap blk pameran lego kt rmh ko bgtau eh…zafirah nk dtg main… :p
Cool man! Argh jeles!
aku pun peminat star wars..mesti best dapat tengok koleksi lego star wars nie
terbaik abe..rasa nak repeat lagi pergi sana
lego paling mahal aku pernah beli..set kereta kebal.
banyak gila kena lego kena pasang.
nyesal beli pun ada sebab ambil masa 2 hari nak siapkan.