in

Empat Produk Dumex Ditarik Balik


Ekoran berita yang disiarkan di TV3 berkenaan dengan 4 produk tenusu Dumex yang ditarik balik daripada pasaran tempatan, Hafiz terus buat panggilan ke Call Centre Dumex.

Dumex Mamex Explore

Talian careline yang bernombor   1800-38-1038.

Jika diikutkan, panggilan telefon masih boleh menembusi talian tersebut. Auto teller pun berfungsi dengan baik. Cuma yang menjadi permasalahannya sekarang apabila semua pegawai perkhidmatan sedang sibuk.

Peti suara pun penuh. Aduhai..ni mesti kes dah ramai orang yang call untuk mengadu.

Hmm..nak buat macam mana. Terkena aku kali ni. Dah lah Khair baru je balik kampung tadi. Sebagai langkah berjaga-jaga, nak tak nak terpaksalah aku minta tolong adik aku belikan susu brand baru (kali ni Anmum pulak) supaya Khair bebas daripada risiko keracunan makanan.

Info

Keempat-empat produk yang ditarik balik adalah:

  1. Dumex Dupro Step 2 – batch no. 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1
  2. Mamex Cherish Step 1 – 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1
  3. Mamex Explore Step 2 – 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2
  4. Bebelac Step 2 – 05023R1 dan 05033R1

p/s: Sepatutnya pembeli bukan setakat wajib dapat refund, tapi wajib dapat ganti rugi jugak sebab banyak masalah yang berkaitan timbul selepas isu ni dikeluarkan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

20 Comments

Leave a Reply
  1. Lepas ni kena berhati-hati sebelum membeli susu… Terutamanya setelah anak saya yang ke 3 lahir nanti… Terima kasih di atas perkongsian info…

  2. Mintak maaf en. Hafiz masa sya cari dekat google pasal susu tercemar nie salah satu ada menyatakan produk brand anmum, anlene, anchor/fernleaf. Ank sya minum dumex dupro. Saya dah beli dah untuk stok sebulan lebih. Bila nak g tukar perlukan resit. Jadik kenalah beli susu baru jenama lain. sya belilah lactogen keluaran nestle pulak. Bila tepon careline dia pun sama jugak mcm en.hafiz…

    • owh yeke..tentang produk lain saya tak berapa pasti pulak selamat diminum ataupun tak..buat masa sekarang saya guna Anmum sebab kakak yang sarankan. Saya call careline lagi hari ni, masih tak ada orang nak jawabkan. hmm

  3. Camane kalau anak minum susu dumex dugro madu kurma ye..walaupun tak tersenarai dlm 4 yg ditarik blk, tp dah rasa was was la pulak..

    • Setakat ni produk lain tak ada masalah..cuma ada satu bahan tambahan yang bermasalah..produk lain tak guna bahan tu..rasanya selamat untuk digunakan..insha Allah

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *