Perbezaan Domain Dan Hosting

Rasanya still ada blogger-blogger yang masih tak tahu tentang perbezaan diantara domain dan hosting. Biar Hafiz terangkan secara ringkas.

Domain – Boleh dianggap seperti alamat rumah kita.
Hosting – Ruang untuk kita menyimpan segala barangan di dalam rumah tersebut.

Gambaran idea domain dan hosting

hosting and domain

Bila kita register sesuatu domain, kita akan mendapat hak mutlak keatas nama tersebut. Tak akan ada orang lain yang mempunyai access kepada nama tersebut selain kita sendiri sahaja. Domain terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Domain free – Tak payah bayar, nama pun free. Cuma url akan menjadi agak panjang dan kadang-kadang pembaca susah nak ingat. Ada juga yang berpendapat, domain free ini tidak menunjukkan ke-serius-an berblogging.

Contoh:
namaaku.blogspot.com
namaaku.wordpress.com
namaaku.tripod.com

Domain berbayar – Kena bayar bulanan atau tahunan. Bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Kelebihannya, url akan jadi lebih pendek dan mesra alam. Pembaca pun senang nak ingat. Macam HR bila dah ada domain sendiri, itu untuk kepuasan diri. Dari dulu HR inginkan blog yang ber dotcom kan nama sendiri.

Contoh:
namaaku.com
namaaku.com.my
namaaku.org

Walaubagaimanapun, dengan domain sahaja kita tak boleh terus operasi kan sesebuah blog. Apa yang kita perlukan seterusnya ialah sebuah hosting.

Seperti yang diterangkan secara ringkas sebentar tadi, hosting adalah tempat dimana kita menyimpan barangan. Maksudnya segala data sama ada gambar, text, coding, video, lagu dll akan diletakkan didalam hosting. Hosting juga terbahagi kepada dua jenis:

Hosting free – Percuma. Tak keluar satu sen pun. Tak memerlukan knowledge IT yang tinggi. Biasanya didatangkan dengan fungsi pembinaan web yang mudah. Cuma kita terikat dengan peraturan yang lebih ketat. Hak milik hosting tersebut bukan hak milik kita sepenuhnya.

Hosting berbayar – Kena bayar bulanan atau tahunan, bergantung kepada pakej. Perlukan knowledge yang tinggi dalam IT. Fungsi lebih advance disediakan. Lebih bebas. Lebih banyak coding yang boleh diguna pakai. Spesifikasi tinggi berbanding hosting free (bandwith besar, kapasiti storage tinggi, server laju dll)

Rasanya cukuplah kot penerangan ringkas tentang domain & hosting. Peace yoo.

Comments

  1. oh baru saya tahu sekarang, tengah blur2 lagi psal ni
    Ash recently posted..DEFINISI ANCHOR TEXTMy Profile

  2. Kalau ada member2 yang tanya apa tu hosting, apa tu domain, saya suruh dorang refer pada entri nie jelah nanti. Malas nak jawab sendiri, hahaa.
    Wan Mohd Hafiz recently posted..Harga Rasmi Samsung Galaxy S4 (GT-I9500) di Malaysia Adalah RM2199My Profile

  3. Info bagus untuk mereka yang baru nak bina blog..
    Hairul Azni recently posted..Terkini Mengenai Seminar Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  4. Bagus entri ni..mesti ramai newbie yang tengah mencari-cari info tentang perbezaan antara domain dan hosting..

  5. masih menggunakn hosting free tapi domain berbayar..
    hafiz recently posted..Samsung Galaxy Tab2 berjaya dimilikiMy Profile

  6. angan2 nak guna KLserver ..tapi nak guna blogspot 5 tahun dulu ..kah3 ..
    p/s : ingat saya lagi ?
    BeritaKaki recently posted..Tips Blogging : Luaskan PerhubunganMy Profile

  7. Skang nie kalau dapat pakej bandwith UNLIMITED memang sedap laaa….tapi harga pulak jadi kira-kira….
    hazman aka species1980 recently posted..Hidangan IKAN SEBELAH MasterChef SELEBRITI MALAYSIA Musim ke 2My Profile

  8. olaaa…barulah gua tahu..
    titan recently posted..Elaun tahunan sudah masuk.My Profile

  9. sip,,, informasinya menarik dan semoga bermanfaat…

  10. perkongsian yang berguna dan mudah untuk faham. Terima kasih di atas perkongsian ini. Salam kenal dari Adib Site
    Adib Site recently posted..Apa Itu KeywordMy Profile

  11. Cantik analogi gambar rumah bagi menerangkan hosting dan domain. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
    amirulfaiz recently posted..Backup sudah, bagaimana nak pasang pula? Joomla!My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge