in

Cyberjaya Paintball – Medan Pertempuran Blogger


Hari sabtu..Seawal jam 6 pagi aku bangun dari tidur semata-mata untuk menghadiri game paintball di Cyberjaya. Salah satu acara sukan kegemaran aku sejak beberapa tahun lepas walaupun sebenarnya agak jarang aku bermain.

Lokasi pilihan adalah Cyberjaya Paintball yang bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Senang je nak cari, landmark berdekatan adalah Multimedia University. Aku datang tak pakai Waze pun. So, sesiapa yang sesat tu, memang loser..haha.

Cyberjaya Paintball

paintball marker

paintball mask

Seramai 11 orang blogger telah dijemput untuk beraksi dalam acara sukan extreme kali ini dan mereka adalah blogger-blogger kacak Broframestone, Fazrol, Anarm, Zahari, Ammar, Azmi, Ladfe, Ben Ashaari, Faizal Fredley dan juga aku. Oh lupa ada seorang blogger gadis Ayu namanya.

paintball champion
Team Champion
paintball loser
Team Submarine..Hehehe

Disebabkan acara game paintball ini kitorang semua dijemput, maknanya kitorang bermain secara percuma. Wohoo..main free oo..syok tu.

Cyberjaya Paintball, menyediakan tiga jenis lapang sasar iaitu Speedball, Urban-Assault dan RecBall/Jungle. Yang menariknya tentang lapang sasar Cyberjaya Paintball ini berbanding tempat-tempat lain yang pernah aku kunjungi adalah kerana kemudahan dan infrastrukturnya yang lengkap, bersih dan juga lebih selesa. Boleh consider as the best setakat ini.

Urban Assault field..Yang speedball & jungle lupa ambil gambar..Sorry, my bad.
Urban Assault field..Yang Speedball & Jungle lupa ambil gambar..Sorry, my bad.

Terbaik gua cakap lu..Ala-ala modern warfare pulak. Masing-masing main tak ingat dunia.

paintball game

paintball girl

paintball troll
Team siapa lah ni..Haishhh

paintball war

Bila aku jadi Rambo..kill kill die die!!
Bila aku jadi Rambo..kill kill die die!!

Secara keseluruhannya, aktiviti perlawanan paintball kali ini menyeronokkan. Disamping dapat mengeratkan ukhuwah sesama blogger dapat juga aku memantapkan lagi six pack di perut. Terasa ringan badan.

Bro: Thanks cover gua..gua sayang lu Gua: Bloodbrother bro..Bloodbrother
Bro: Thanks cover gua..gua sayang lu
Aku: Blood brother bro..Blood brother

Lebam?

Ahh..Tak banyak..cuma dua. Satu di paha kiri, satu di paha kanan. Itu pun saja bagi kena tembak, baru nampak main paintball. Okay lah tu berbanding dengan tiga rakan blogger yang kena tembak hampir-hampir dibahagian “tuttt“. Hahaha.

So, bagi yang berminat untuk merasai pengalaman bermain paintball di Cyberjaya Paintball ini boleh hubungi mereka seperti yang tertera dibawah. Berbaloi-baloi.

cyberjaya paintball_contact
Facebook: Cyberjaya Paintball

p/s: Silap Lisa Surihani tak datang bagi sokongan je, kalau tidak memang aku tak bagi chance orang lain nak menang.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

37 Comments

Leave a Reply
  1. Kecian kat Kak Ayu sorang je gegurl takpe dia wakil kan blogger gegurl , Ty mmg frust , bangun ja awal tapi sayangnya ada masalah yang tak dijangka datang menyerang. Korang bertempur di Padang Paintball , Ty dalam toilet! Prrrfffttt…. jom la kita pi lagi nanti. Ajar Ty how to play this killing game.

  2. peeghhh…mmg nampak seronok tu..siap main tunggu sambil mencangkung lagi…keh3

    sapelah yg kena kat “tuuuut” tu…kesian plak aku dgr…aduh!

  3. memang best lah korang..mintak bro framestone buat penganjuran kedua lah. ramai blogger yang berminat, tapi suma ada hal. lagipun tengah musim kenduri kahwin and open house

  4. Salam bro….Bile nk buat next time punya paintball…nk join skali boleh?
    penah main skali je dlu..tp xpuas kot..huhu

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *