in

Cara Mudah Pengeluaran Akaun 2 KWSP


Merujuk kepada artikel yang pernah aku tulis satu ketika dulu mengenai cara-cara pengeluaran akaun 2 KWSP bagi tujuan untuk pengurangan pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan. Sabtu lalu sekali lagi aku menghadirkan diri ke pejabat KWSP Jalan Gasing untuk membuat pengeluaran yang sama tetapi berbeza jumlah pengeluarannya.

Pengeluaran ini yang mana merupakan cara manual memerlukan aku selaku pemohon untuk request loan statement daripada bank terlebih dahulu sebelum mendapat pengesahan daripada pihak bank dan kemudiannya barulah aku boleh proceed ke pejabat KWSP bagi urusan yang seterusnya.

Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Walaubagaimanapun bermula pada awal tahun 2015, proses pengeluaran akaun 2 KWSP bagi mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah dipermudahkan bagi mana-mana peminjam yang menggunakan pinjaman daripada bank RHB ataupun Maybank, dimana setiap permohonan daripada peminjam-peminjam loan bank-bank ini sudah boleh dilakukan secara online ataupun dipanggil e-Pengeluaran.

Keluar duit akaun 2 KWSP
Sumber: e-Pengeluaran KWSP

Untuk membuat e-Pengeluaran, caranya mudah saja iaitu anda perlu log in ke i-akaun KWSP, kemudian klik pada bahagian Pengeluaran (Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan) dan seterusnya isi segala butir-butir peribadi yang diperlukan.

Keluar duit daripada akaun 2 KWSP

Permohonan yang siap diisi akan dihantar terus kepada pihak pengurusan KWSP dimana segala pengesahan bank akan dibuat secara automatik tanpa memerlukan pemohon untuk mendapatkan loan statement terlebih dahulu. Hanya selepas semuanya disahkan dan permohonan diluluskan, pemohon akan dihubungi oleh pihak KWSP dalam tempoh masa 7 hari. Hanya selepas iti, pemohon tersebut perlu menghadirkan diri ke cawangan KWSP yang terdekat bagi membuat pengesahan cap jari.

Selesai kesemuanya, bayaran jumlah pengeluaran akan dikreditkan terus kedalam akaun simpanan yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan. That’s it. Simple.

p/s: Ada beberapa cawangan KWSP yang beroperasi pada hari sabtu minggu pertama dan ketiga. Cuma kalau nak pergi, kena pergi awal la. Takut ramai orang.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

100 Comments

Leave a Reply
  1. Terima kasih di atas perkongsian info… Tak pernah semak akaun ke 2 KWSP.. Tak tahulah samada ada duit ataupun tidak dalam akaun tersebut…

  2. kalau keluarkan duit tu unutk kegunaan bermanfaat memang bagus..yang aku tak faham bila oran gbuat keluar secara pintu belakang tu

    • Dah pintu depan susah. Guna pintu belakang la bro..bygkan kalau ahli tu dah x kerja. Suri rumah, jaga anak2. Suami plak buat kerja kmpg ja..Buat rumah pn atas tanah ehsan org kmpg. Cmna nk keluarkan kwsp klu syaratnya nk kna bg geran tanah yg atas nama ahli atau suami/isteri. Nk keluarkan duit sendiri pn ssh. So duduk jela kt rmh bocor2.. Ape nak buat kan.. Org yg byk duit mcm ko.. Sng la ckp..

      • Masih ada lagi orang susah yang nak sangat keluarkan kwsp cepat tapi ikut pintu depan punyala susah. Terpaksa tunggu umur 55 kalau pintu belakang pun tak dapat buat.

  3. Saya cuba ingin keluarkan kwsp acc 2 utk repair rumah kampung tp x punya geran apa harus saya laku kan?di harus saya minta bantuan krna wang epf itu adalah kepunyaan sdiri jd pihak kwsp x perlu menghalang kehendak pencarum sbb itu ramai pencarum keluarkan kwsp acc 2 ikut pintu belakang.jd pihak kwsp fikir fikir kan mna yg trbaik.

    • Mcm mn? Ade tak care utk kuarkan dari akaun 2 tu? Sbb sy pun ingin kuarkan duit sy dlm akaun 2 utk emergncy case… Klu ade plzz kongsi

  4. Salam saya nak tanya.. saya sbelom ni ada buat pinjaman RHB bank.. dan skrg sudah sampai 23k ,saya boleh ke keluarkan akaun 2 untuk bayar hutang RHB bank ni…

  5. mana lagi bagus, buat pengeluaran untuk ansuran bulanan ATAU pengeluaran untuk pengurangan jumlah/masa bayaran ? ada beza dari segi :
    1) bayaran terus ke bank atau ke akaun kita ?
    2) mana lagi unutng?
    3) kuasa tunia ditangan ?
    4) kwsp check ke jk dah dapat duit kita tak bayar ke bank?
    5) apa-apa yg lain ke..

    • Bagi saya better ambik pengeluaran untuk pengurangan ansuran bulanan. Sebab dapat lebihan tunai kat tangan, takde lah terbeban sangat bulan2 nak bayar melainkan memang ada banyak duit (yang ni boleh keluarkan untuk kurangkan masa bayaran).

      Duit yang dapat akan dibayar terus ke dalam akaun bank, kita sendiri akan manage duit tu. Sama ada kwsp check atau tidak, wallahualam. Tapi kalau ada yang menipu cakap nak keluarkan untuk bayar rumah tapi sebenarnya guna untuk enjoy benda lain, tak mustahil satu hari nanti kemudahan ni akan dihentikan jika pihak kwsp dapat tahu.

  6. Hi Hafiz, saya nak tahu. Saya beli rumah. Loan under cousin saya tapi SPA under nama kami berdua. Saya layak nak mengeluarkan acc 2 tak. Tapi kalau nak tunjuk bukti persaudaraan melalui sijil beranak memang saya boleh.

  7. sy tidak berkerja atas sbb tertentu.. hutang kereta makin bayak… blh ke keluarkan diit kwsp akaun 2 untuk btbayar tunggakan kereta.?

  8. sy nk keluar akaun kwsp yg ke2 untk bayar tunggakan kereta hmpir 6 bln krna x berkerja atas sbb2 yg tettentu. blh ke

  9. Salam,
    Untuk request loan statement dari bank tu kena pergi ke branch yang proses loan perumahan kita ye? Atau boleh pergi mana mana branch untuk request?

  10. Nk tanya betul ke klu nk keluarkn duit KWSP akaun 2 utk bayaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan, kena ade sekurang2nya 6 bulan jumlah kena bayar rumah tu? contoh sebulan rumah kena bayar rm1000 x 6 bulan, so kena ade sekurang2nya rm6000 bru leh keluarkan?

  11. Nk tny duit pengeluran dimasukkan dlm acc peribadi kan,contoh rm10000,sy blh kluarkan x dlm rm5000 tuk kegunaan sendiri?

  12. Tumpang tanya ye.. kalau pinjaman dengan kerajaan atas nama pasangan, tetapi S&P ada nama saya dan pasangan, boleh saya buat pengeluaran mengurangkan baki pinjaman rumah? Terima kasih

  13. hi hafiz
    my bank housing loan is wt cimb bank
    boleh ke i apply to pay my ansuran bulanan
    one more thing saya pernah buat refinancing dulu tapi dah lama.
    boleh ke saya keluarkan dari akaun 2 utk ansuran bulanan.
    pls reply tx

  14. Salam 1 malaysia.. bagaimanakah untuk saya mengeluarkan kwsp ac 2 untuk rawatan bapa saya…urgent…sapa2 tahu bole bagitahu tak?

  15. Salaam, sy nk tye boleh x nk keluarkn kwsp acc 2 untuk bg mk ayah pg umrah n tolg ckit bayar utg mak ayh…ksian tgok mak ayh..

  16. saya nak tanya,ada pakcik saya ni,dia sakit mental tapi dia tidak ada duit dan tidak kerja jdi bolehkah dia buat pengeluaran kwsp..??

  17. Sye nk memohon pengeluaran kwsp akaun 2 untuk modal buat tapak membina rumah mesra rakyat ditnh sdri.so blh x sye n husband kluarkn akaun 2 sekli?n syarat2 untuk memohon pengeluaran 2 ape yea?urgent please….

  18. Salam saru malaysia encik hafiz saya ingin medapat pandangan encik..boleh kah saya mengeluarkan accct 2 saya ingin membantu adik saya melanjut kan perbelajaran nya..sebb keluaga saya tak mampu lagi membaiyai pembelajaran adik saya… Peace one malaysia

  19. salam tuan.

    saya ada blacklist ,,
    saya mahu beli rumah,,
    boleh ke saya guna akaun 2..
    atau x boleh..

    boleh whatsapp 012.36o8297

  20. Assalam en. Hafiz,

    saya da beli rumah. SNP atas nama saye sorang. pinjaman berdua dgn isteri.
    boleh x isteri keluarkan akaun 2 kwsp?

  21. Salam Tuan… Saya nak bertanya, boleh ke saya nak keluarkan duit kwsp saya untuk baik pulih rumah pusaka saya, Tapi geran bukan nama saya seorang… Kalau boleh mcmna caranya yerr… t.kasih

  22. Assalam en hafiz sy nak tanya bagaimanakah cara sy nk keluarkan duit akaun 2 sy nk bt rumah sblah tanah ayh tp geran bkn nama sy

  23. Kalau keluarkan duit akaun 2 untuk buat rumah sendiri..maksudnya tnpa loan bank boleh kah.sebab saya bercadang nak buat rumah di kg tp pakai modal sendiri secara beransur2..

  24. Salam sejahtera bos..
    Saya nak keluarkan akaun 2 KWSP.. Untuk menampung kos bila rumah nak siap nanti..loan semua dah ok..deposit dh settle.. Kira selesai lah..tapi tidak cukup modal nk masok rumah nanti.. Boleh kah saya memohon untuk mengeluarkan akaun 2 kwsp.. Kindly advise.

  25. Salam. Nak Tanya, saya Ada masalah kesihatan, dapat pengesahan cacat kekal Dari perkeso Dan xdapat bekerja Sudah2 Thn , masih mc tanpa gaji, perkeso bayar cuma rm100 lebih sebulan sedang sy Ada hutang Dengan bank rakyat perlu bayara rm490 sebulan, bolehkah keluarkan acc kedua saya untuk rawatan lanjutan Dan bayar hutang bank

  26. Salam, KWSP kreditkan pengeluaran ke dalam bank yang bg pinjaman atau kredit ke dalam akaun simpanan kita?
    Kalau dulu2, KSWP kredit terus ke akaun bank yang bg pinjaman.
    Thanks.

  27. Salam…kalau saya nak buat pengeluaran untuk selesaikan pinjaman PTPTN isteri saya…boleh atau tidak?
    Sekadar ingin tau jawapan…
    terima kasih

  28. suami ada beli rumah sebelum menikah dgn saya…dia telah keluarkan akaun 2 utk tujuan tersebut…sekarang kami telah beli satu lagi rumah tapi guna gov loan..s & p ada nama kami berdua…persoalan saya..boleh ke keluarkan duit akuan 2 itu utk kami buat penambaikan rumah ?

  29. maaf sy nk tnya.. klau rumah trbengkalai n kuarkn duit acc 2 utk settle tunggakan.. duit tu msuk acc mna ye..
    acc kami @ direct acc bnk.. tq

  30. bos, sekadar bertanya… if ansuran perumahan pasangan dipotong melalui angkasa… dapat kah kita mengeluar KWSP utk mengurangkan ansuran?

  31. Minta maaf nak tanya En. Hafiz, Klu nak keluarkan epf untuk bayar pinjaman perumahan bapa Boleh tak? Bapa saya dah x kerja dan sakit.

  32. Salam..bolehkah utk buat pengeluaran kurangkn pinjaman perumahan jika saya dah pernah buat pengeluaran semasa membeli rumah 10 tahun lepas. tq.

  33. salam. hafiz. akak nak tanya untuk pengeluaran kesihatan, pemohon hanya boleh keluarkan duit untuk 55 jenis penyakit yang kwsp nyatakan tu jer ke? dan betul ker kalau nak keluarkan bg akaun2 untuk kes kesihatan kita mesti ada 70k baru di luluskan. terima kasih ya.

  34. Komen:salam sejahtera
    nak tanya if my husband oredy withdrw his epf then kwsp officer bgtau dah ckup quota..then mine x bole da withdrw kecuali apply for bayaran ansuran..tapi sekiranya i x kerja as housewife ..bole kah i apply for bayaran ansuran?use my epf acc 2 for bayaran ansuran.thanks

  35. Sekarang ni pengeluaran akaun 2 epf sangat mudah. Dalam masa seminggu dah credit dalam akaun. Apply online dan confirmkan thumb print kat epf terdekat, selesai. Boleh bagi 5 bintang skrg ni service epf.

  36. Sudah biasa keluar untuk pengurangan pinjaman perumahan untuk dibayar secara setiap bulan dikredit didalam akaun.

    Sekarang lebih mudah tidak perlu isi borang hanya perlu bawa surat baki pinjaman bank sahaja sebab rekod terdahulu sudah ada.

  37. Saya pernah keluarkan duit kwsp akaun 2 hari tu..pergi kaunter je, takde susah sangat. Tapi rasa ada la dalam 2 kali jugak terjah office kwsp tu 🙂

  38. Salaam Hafiz,
    Kalau pengeluaran dr akaun 2 utk bayaran bulanan sudah lulus tapi separuh duit EPF yg kita dapat tu kita gunakan utk perkara lain, adakah EPF akan check atau tahu?

  39. As salam en hafiz..sya nk tnya..isteri baru nak bli rmh tp nama sya xde dlm perjanjian..bole kuar acc 2 tak..
    Kedua,skiranya loan isteri sya dah lulus,ada tak cara sya bole bntu isteri sya melalui want acc 2 tu..
    Ketiga,untuk.mengurang bayaran ansuran tu sya bole mohon kan ke utk bntu isteri dan bole guna keseluruhan acc 2 sy tak.ble dah bole mohon yea.mksd sya ble dh start mula byr ansuran dah bole mohon atau kene tggu 2-3 bln dulu..bnk pnjmn under rhb

      • Rumah atas nama saya dan abang.
        Boleh ke saya buat pengeluaran acc 2 atas alasan untuk pengurangan pinjaman rumah?dan,sekiranya boleh buat pengeluaran, adakah kwsp akan masukkan direct ke acc peribadi saya atau acc pinjaman rumah yg kami beli itu?

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *