in

Big Bad Wolf – Tempat Borong Buku


Lama tak memborong buku.

Hari ni nak kata awal pagi sangat tak juga, dalam jam 11 baru aku gerak ke MIECC, tempat berlangsungnya Big Bad Wolf.

Ramai orang tak usah nak cakap. Start daripada nak masuk parking pun dah bersesak kereta beratur.

Disebabkan malas nak menempuh sesak, aku ambil jalan singkat. Parking depan office je. Nasib baik lah office tu dekat, jarak berjalan pun lebih kurang 10 minit.

Big Bad Wolf Mines
Pintu masuk Big Bad Wolf

Big_Bad_Wolf

Big Bad Wolf kalau diikutkan dah banyak kali berlangsung. Dekat macam-macam tempat dah bertukar. Dan seingat aku, kali terakhir aku pergi Big Bad Wolf ni dekat MAEPS Serdang. Sebelum Khair lahir.

Eh..eh..aku pergi Sabah pun ada orang tuliskan novel.
Khair curious nak baca

So, dah alang-alang lama tak pergi, aku usha dua-tiga buah novel. Untuk dijadikan bahan bacaan bila bosan.

Harga? Cukup murah berbanding harga sebenar yang dijual diluar sana. Novel melayu yang aku beli cuma RM5 sebuah. RM3 pun ada, tapi kalau tak silap itu untuk novel kanak-kanak.

Kira okay lah kan. Diorang jual murah, lebih menggalakkan orang ramai untuk membeli dan membaca.

Big Bad Wolf Jualan Murah
Jumlah bil RM61 untuk 10 buah buku

Untuk Khair aku cuma belikan buku sticker dan buku cerita biasa yang banyak-banyak gambar. Untuk isteri pula buku resipe. Hehe.

p/s: Big Bad Wolf di MIECC akan berlangsung sehingga 15 Disember 2013.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. Bestnya dapat pergi Big Bad Wolf… Banyak pula buku bahasa Melayu di jual pada kali ni… Nampak gayanya kalau ada masa kena pergi ni…

  2. Memikirkan kebarangkalian buku yang dibeli lambat habis baca or tak sentuh… maka gua tak jadi la pergi… keh3x

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *