Batuk Oh Batuk

Termasuk hari ni dah seminggu berturut-turut aku batuk. Paling teruk, semalam..sampai nak terkeluar semua isi perut. Pukul 3 pagi plak tu.

Dan disebabkan batuk ni lah dalam beberapa hari ni aku sanggup tidur luar bilik.

Ada dua sebab kenapa aku tidur luar bilik:

  1. Malam-malam bilik aku pasang penyaman udara, anak aku tak boleh tidur kalau panas. So untuk mengelakkan dada sejuk dan batuk terlampau..aku tidur luar bukak kipas je.
  2. Taknak mengganggu bini dan anak aku tidur, sebab kalau aku batuk bunyinya kuat. Kang bila bising tak pasal-pasal Khair bangun dari tidur ajak aku tengok Youtube cerita Ultraman.

Aku agaklah, sekarang memang musim batuk. Ramai rakan aku yang terkena batuk, adik aku pun sekali. Dia lagi lama, dah nak masuk dua minggu. Dah dua botol ubat batuk kitorang minum, masih jugak batuk ni taknak hilang. Paling terbaru, minuman herba. Orang tua aku tolong belikan kat tabib cina.

Tengok dari rupa pikir 10 kali nak minum..belum pikir bau lagi
Tengok dari rupa pikir 10 kali nak minum..belum pikir bau lagi

Nak minum kena rebus dulu. Aku baru pertama kali cuba tadi. Rasa manis macam air teh O, cuma yang tak tahan..baunya yang buatkan aku rasa boleh terkeluar balik apa yang aku minum tadi. Nak minum kena tutup hidung. Peh..nak sihat punya pasal. Seksanya aku telan air ni..Sorry geng, gua tak tau nama air herba ni nama apa..kalau gua dah tau nanti, gua update dalam entri akan datang ye.

p/s: Hmmm..korang ada petua macam mana nak hilangkan batuk tak?

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 20 Comments

    Leave a Reply
    1. Semoga bro…cepat sembuh daripada batuk. memang sukar nak hilangkan batuk. Berminggu-minggu baru boleh hilang setelah berikhtiar begitu lama. Saya tak tahu petua macam mana nak diamalkan. Nasihat daripada rakan2 lain pun boleh juga diamalkan.

    2. cuba ambil vitamin C… cuba ambil ‘Redoxon Orange Effervescent Tablets’… dia jenis yg masuk dalam air, mcm Panadol Solouble… tekak akan rasa lega sikit kalau ambil benda tuh… pastu makan makanan yang boleh kurangkan mucus, mcm limau, sayur-syuran, nenas…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Blog Dan Affiliate

    Mencari Rentak Melalui Pelaburan Ilmu