Batman Dark Knight Kini Di Legoland

Penjahat melarikan diri sebaik saja namanya disebut. Isyarat kehadirannya berbentuk kelawar, memberikan jaminan keselamatan kepada orang ramai. Dengan “kegelapan” sebagai sekutu utamanya, dia melawan jenayah tanpa henti. Itulah dia wira bandar Gotham.. BATMAN!

Bersempena dengan tayangan filem terbaru hasil kerjasama LEGO dan juga Warner Bros – The Movie LEGO® BATMAN™, kini LEGOLAND Malaysia turut membawakan suasana yang pasti mengujakan itu kepada anda semua.

Bermula dari 17 Februari sehingga 31 March 2017 ini, taman tema popular yang bertempat di Nusajaya Johor ini, menjadi lokasi rasmi kepada aktiviti usahasama kedua-dua jenama ini, LEGO® dan BATMAN™.

Buat korang yang berkunjung ke sini sepanjang tempoh acara dijalankan, korang akan disajikan dengan pelbagai aktiviti baru yang menarik, diantaranya:

  • LEGO® BATMAN™ Meet & Greet
    Peluang untuk bertemu dan swafoto bersama Dark Knight comel yang tinggal di LEGOLAND® didalam satu penampilan khas di dalam taman tema.
  • The Scavenger Hunt
    Aktiviti melengkapkan cabaran LEGO® Batman™ untuk mendapatkan goodies yang menarik
  • Mystery Mosaic Build
    Usaha sama untuk membina sebuah mural gergasi bersempena dengan filem terbaru LEGO® Batman™
  • Create Your BATMAN™ World
    Aktiviti menyerlahkan kreativiti korang dengan membina dunia LEGO® Batman™ versi korang sendiri.
  • LEGO® Batman™ building activity
    Aktiviti menunjukkan kemahiran korang untuk menjadi master builder dengan membina satu set BATMAN™ LEGO® berdasarkan arahan yang diberikan; setiap hari di Akademi LEGO dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Menarik lagi, bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah dan hadir memakai kostum BATMAN™, seperti Joker, Robin, ataupun Batgirl, mereka akan menerima sekeping tiket masuk secara percuma.

Dan tak dilupakan juga, percuma topeng LEGO® BATMAN™ kepada peminat-peminat semua, dan korang juga layak untuk mendapatkan LEGO® eksklusif BATMAN™ Mini Batwing (sementara stok masih ada) bagi setiap pembelian produk LEGO® BATMAN™ bernilai RM250 dan ke atas.

Bunyinya menarik kan?

Ahaa.. Dah tentu lah. Nama pun Legoland, dah tentunya menarik. Kolaborasi pula dengan Batman, jadinya super duper menarik.

Make sure juga sekiranya korang berkunjung ke sana, korang selfie dengan LEGO® BATMAN™ Movie walking character juga ya. Kemudian upload ke dalam Facebook dan tag Legoland Malaysia.

Gambar selfie dengan the most creative caption akan berpeluang memenangi LEGO® BATMAN™ Movie merchandise. 😉

Untuk maklumat lanjut, layari laman web LEGOLAND Malaysia di www.legoland.com.my ataupun follow Facebook & Twitter mereka untuk dapatkan update terkini terus dari telefon pintar korang.

p.s: Teringat masa pergi Legoland tengok Star Wars parade tahun lepas, best gila. Dapat juga tengok replika Millenium Falcon terbesar di dunia. Kagum oo.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ragam Nak Dapat Adik

Suprise Daripada TM