Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 – BR1M 3.0

Sebagai salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”, bermula pada 23hb Disember 2013 ini hingga 31 Januari 2014, permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dibuka kepada umum.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014

Bagi penerima BR1M yang sedia ada, anda cuma perlu mengemaskini segala butiran peribadi manakala bagi pemohon baru, pendaftaran boleh dilakukan secara online di laman web www.hasil.gov.my ataupun melalui borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di:

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Perlu diingatkan bahawa untuk BR1M 2014, serahan wang tunai kepada penerima tidak akan dilakukan sebaliknya dana bantuan itu akan terus dimasukkan kedalam akaun bank penerima pada Febuari 2014.

Untuk semakan, berikut adalah syarat-syarat yang dikenakan bagi memohon BR1M 3.0:

  • Isi rumah – Bantuan bernilai RM650
    1) Jumlah pendapatan bulanan dibawah RM3,000
    2) Warganegara Malaysia
  • Isi rumah – Bantuan bernilai RM450
    1) Jumlah pendapatan bulanan diantara RM3,000 to RM4,000
    2) Warganegara Malaysia

** Tambahan RM50 sebagai caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia ataupun i-BR1M untuk memberi perlindungan maksimum bernilai RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

  • Individu – Bantuan bernilai RM300
    1) Pendapatan kasar bulanan RM2,000 kebawah
    2) Warganegara Malaysia
    3) Berumur 21 keatas (dilahirkan pada tahun 1993 atau lebih awal)
    4) Tidak termasuk pelajar yang telah menerima Baucher Buku 1Malaysia.

Sebarang pertanyaan mengenainya bolehlah menghubungi talian hotline BR1M 3.0 di 1-800-88-2716 yang akan dibuka serentak dengan hari permohonan dibuka, dari Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang.

Untuk butiran yang lebih lanjut, sila layari www.br1m3.com.

p/s: Aku tak lepas syarat.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge