in

Ada Apa Dengan #AllDayMakan di Mukha Cafe


Rabu lepas, aku merupakan salah seorang blogger yang dijemput oleh AllDay Media untuk menghadiri private event #AllDayMakan di Mukha Cafe, TTDI.

Event bermula jam 8 malam, tetapi aku perlu berada di lokasi sekitar jam 7 kerana ada sesi pendaftaran yang akan dijalankan.

7 malam sesi pendaftaran, 5.30 petang habis kerja..Pehh! agak kelam kabut juga aku hari tu. Yelah..pejabat aku di Serdang, dan jika dikira jarak perjalanan agak jauh sebenarnya. Risau takut lambat sampai, dalam kepala sudah terbayang-bayang bagaimana sesaknya jalan yang perlu aku tempuh. Hoho.

Tapi Alhamdulillah mujur, nasib agak baik kerana laluan yang dipilih sedikit lengang bagaikan ada anak sultan yang hendak melintas. Hehe. Cuma hujung-hujung je sedikit tersangkut didalam trafik jem.

Mukha Cafe TTDI

Jadi aku sampai di Mukha Cafe sekitar jam 6.30 petang. Duduk lepak sekejap di dalam kereta sambil-sambil mengecas fon yang dah hampir kehabisan bateri, dan apabila dah agak-agak nampak percentage naik melebihi paras 70% baru aku bergegas masuk ke dalam cafe.

Well, biasalah..bila dah namanya “blogger” yang dijemput..satu perkara yang obvious dapat dilihat, bila mana blogger masuk je kedalam cafe pasti semuanya akan menyerbu ke tempat makanan dihidangkan untuk mengambil gambar. Itu wajib sebab nanti nak update dalam blog, masuk dalam Facebook, Instagram, Twitter, Keek dan macam-macam lagi. Aku juga tidak terkecuali. Hahaha.

Makan-makan di Mukha Cafe

Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke sini dan aku sukakan konsep cafe ini yang ala-ala vintage. Susun atur kerusi meja yang menarik, design yang simple dan pelbagai barangan antik diperagakan. Sesuai dan sangat sempoi.

Manakala makanan yang dihidangkan pada malam itu pula, so far boleh dikatakan mempunyai taste-nya yang tersendiri seperti Chips & Gravy, iaitu kentang yang dihidangkan bersama potongan daging dan kuah.

Chips & Gravy

Spagetti Aglio Olio, rasanya yang tidak terlalu masin jika dibandingkan dengan restoran-restoran lain yang pernah aku pergi.

Spagetti Aglio Olio

Turkey & Beef Bacon Wrap, ala-ala sandwich.

Turkey & Beef Bacon Wrap

dan pencuci mulut iaitu Chocolate Mud Cake (kek ini paling sedap, lebih 10 ketul aku makan).

Chocolate Moist Cake

Event #AllDayMakan

Sekadar informasi korang semua, sebenarnya private event ini merupakan majlis pengenalan dan juga pelancaran rasmi AllDay Media sebagai social media advertiser yang dahulunya dikenali sebagai Advertlets.

Nafas baru, visi baru dan dengan erti kata lain..rebranding. Kiranya AllDay Media adalah next move daripada Josh Lim and the geng untuk lebih maju setapak kehadapan di dalam arena sosial media, skop perniagaan yang lebih meluas.

AllDay Media

Tahniah diucapkan kepada mereka (sambil tepuk tangan). Ho yeah!!

Sebagai selingan, aku selitkan juga disini beberapa gambar menarik yang sempat dirakam sepanjang tempoh event dijalankan. Jom layan.

AllDay Media at Mukha Cafe

Josh Lim in da house

Blogger at Mukha Cafe

AllDayMakan lucky draw prize
Hadiah lucky draw dan Best Dress of the Night

Menu Mukha Cafe

Drinks Mukha Cafe

Mukfa-cafe TTDI
Sumber gambar – Atika Ramlan

Mukha_Cafe_TTDI

Blogger AllDay Media at Mukha TTDI
Sumber gambar – Ayuejean
AllDay Media event bersama blogger
Tamat sudah!

Nota: Bagi yang berminat untuk mencuba menu ataupun mengadakan private event di Mukha Cafe, bolehlah layari laman web mereka di www.MUKHA.com.my untuk keterangan lanjut.

MUKHA CAFE TTDI
15, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, 60000, Malaysia
+603-7732 2248

Thanks broframestone sudi jemput gua, next time jangan lupa jemput lagi. Hehehe.

p/s: Tak dapat menang lucky draw, dapat bergambar dengan amoi cun pun jadi.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *